Kita beruntung dapat sediakan pelbagai juadah lazat bulan puasa ini, paling tidak masih mampu beli di bazar Ramadan. Apa sahaja makanan yang kita teringin, kita boleh dapat dengan mudah.
Sekarang, fikirkan tentang mereka yang tidak mempunyai pilihan selain tidur dalam keadaan lapar setiap malam!
Paling menyedihkan, mereka terpaksa lalui bulan mulia ini dengan ancaman kebuluran. Tiada bekalan makanan, malah bantuan untuk mereka disekat.
“Kami tiada apa juadah untuk berbuka nanti”
“Saya tiada wang membeli makanan untuk keluarga”
Jom bersama kami sediakan 30 hari iftar percuma sempena Ramadan ini untuk saudara kita di:
1. Palestin (75,000 pek)
2. Syria (6,000 pek)
3. Afrika (5,000 pek)
4. Malaysia (14,900 pek)
Kita bukan sekadar memberi juadah buka puasa yang mengenyangkan, tetapi membantu mereka menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.