Rebut Pahala Ramadan Dengan Berkongsi Iftar

100,500 orang sedang menantikan makanan berbuka daripada anda!

Ini apa yang sedang berlaku di Palestin.  Dengan konflik yang tidak berpenghujung, krisis kelaparan semakin teruk.

Keluarga terpaksa berbuka puasa dengan makanan haiwan untuk terus hidup, ada pula yang berbuka puasa dengan sup rumput!

Paling menyedihkan sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak telah mati akibat malnutrisi dan kebuluran dan ramai lagi yang berhadapan ancaman maut. (Sumber: Kementerian Kesihatan Palestin, Mac 2024)

Keadaan di Syria juga tidak jauh beza. 13 tahun lamanya mereka terpaksa menjadi pelarian di negara sendri; bergantung kepada bantuan makanan akibat perang yang berlarutan.

Tahun ini, keadaan semakin teruk selepas setahun gempa dahsyat yang menimpa mereka setahun yang lalu. Malah sudah ‘berpuasa’ lebih awal berbanding kita semua.

“Saya tiada wang membeli makanan untuk keluarga”

Bait-bait ini mungkin sudah jemu untuk anda baca. Ini bukan propaganda untuk meminta simpati. Dialog inilah rintihan yang kami dengar daripada saudara-saudara kita yang tinggal di kem-kem perang.

Adakah menjadi mangsa perang dan bencana menjadi kehendak mereka?

 

Kembalikan Sinar Bahagia Buat Saudara Kita

Kami berbesar hati mengajak anda menyediakan 30 hari iftar percuma sempena Ramadan ini untuk saudara kita di:

1. Palestin (75,000 pek)


2. Syria (6,000 pek)


3. Afrika (5,000 pek)


4. Malaysia (14,900 pek)

Sudah pasti kami tidak akan lupa untuk mengagihkan juadah iftar di seluruh Malaysia khususnya buat anak-anak yatim, golongan fakir dan miskin dan anak-anak tahfiz.

Untuk #jiwabaik yang menyokong usaha ini, ketahuilah apa yang lebih berharga selain daripada melihat wajah-wajah penerima manfaat ni tersenyum adalah amal yang menjadi saksi buat kita di akhirat insya Allah.

Seberapa kecil dan seberapa besar nilai yang anda kongsikan bukan sekadar memberi juadah buka puasa, bahkan melepaskan satu kesusahan dan menggembirakan hati buat saudara yang lain.

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

 

“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”

(Riwayat Muslim)

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Ramadan Campaign Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)