Ramai yang tidak tahu, kehidupan sebenar sebahagian penduduk di Sabah. Rumah kehabisan beras dan tiada makanan itu sudah menjadi rutin bagi mereka.
Salah satu asnaf yang kami santuni, Kak Fatimah, menceritakan kesusahan hidup dia dan anak-anak alami.Ada ketika itu, anak-anaknya berkongsi satu pek mee segera sebagai makan tengah hari mereka. Dia pula terpaksa berlapar, kerana itu satu-satunya makanan yang dia ada.
Selama 5 tahun menyantuni masyarakat di Sabah ini, yang kami temui bukan satu keluarga ini malah beratus keluarga menghadapi nasib yang sebegini.
Misi Jelajah Jiwa Baik ke Sabah kali ini adalah untuk menyediakan keperluan Ramadan bersama golongan memerlukan di beberapa lokasi fokus iaitu Kampung Ulu Keningau, Kampung Mesilau dan Kampung Monsok
Antara bantuan yang akan diberikan ialah
– Barangan asas makanan
– Kelengkapan sekolah
– Susu dan lampin
– Baik Pulih Surau
Ayuh bersama MyFundAction menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan. Mungkin tidak banyak, namun bagi mereka ini sangatlah bermakna.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.