Ramadan Paling Berat di Palestin

Di saat kita sedang pening memikirkan juadah apa yang akan kita nikmati ketika berbuka puasa nanti, lebih 2 juta saudara kita di Palestin sedang memikirkan hayat mereka; apa mungkin akan hidup atau kembali ke negeri abadi.

Mungkin meninggalkan dunia ini disebabkan peluru-peluru zionis laknatullah.

Atau mungkin meninggalkan dunia ini disebabkan kelaparan yang mencengkam sehingga ke tulang yang paling dalam.

Yazan Sharif al-Kafarna.

Lihatlah perbezaan gambar sebelum (sebelum peperangan) dan selepas (kelaparan akibat peperangan).

4 Mac 2024.

Adik Yazan telah pergi selama-lamanya, dan mungkin kini sedang berlari-lari di taman syurga Illahi.

Tahukah anda, ketika adik Yazan meninggal dunia beratnya berapa?

5KG!

Dan ini juga berlaku kepada mereka yang sudah berusia.

Di akhir-akhir Ramadan ini, sanggupkan kita melihat mereka berpuasa tanpa berbuka?

Dan tak tergamak rasanya melihat juadah berbuka mereka dengan sup rumput semata-mata!

Terkini, MyFundAction telah mengagihkan makanan panas di beberapa kawasan di Gaza dan akan menubuhkan Central Kitchen bersama rakan kolaborasi disana.

Adakah apa yang kita kongsikan ini bakal mengakhiri penderitaan serta kebuluran yang dihadapi mereka?

Tidak juga…

Tapi setidaknya, usaha kecil kita mampu membuatkan mereka menikmati juadah yang manusiawi ketika mereka berbuka nanti.

Dan inilah sekecil-kecilnya usaha kita.

Di malam ke-21 ini, gencarkan usaha untuk membantu lebih ramai orang lagi.

Sebab apa?

Sebab inilah pendapat Imam Syafie ketika berbicara tentang lailatulqadr. Dalilnya?

Kata Nabi ﷺ;

“Tuntutlah malam 17, 21 dan 23 Ramadhan.’’

Moga Allah menerima segala amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan ini.

اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر

“Ya Allah, Berkatilah kami di bulan Ramadan dan rezekikan kami untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.”

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Ramadan Campaign Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)