First of all, kami nak bagitahu. SMS hari ini tiada gambar untuk menghormati permintaan Puan Nini (bukan nama sebenar) yang masih dalam proses permohonan penceraian.
Hujung minggu lepas, team operasi kami ke 4 negeri untuk menyantuni beberapa asnaf yang memerlukan bantuan segera. Daripada belasan asnaf yang kami temui, kisah Puan Nini ini membuatkan emosi kami bercampur baur.
Marah, sedih, kecewa, kagum.
4 rasa yang ironi.
Berlawanan dan bercanggahan.
Namun keempat-empat rasa ini hadir serentak apabila kami mendengar cerita Puan Nini ini.
Dulu, rumahtangga Puan Nini bahagia.
Puan Nini dikurniakan 3 cahaya mata. Suaminya penyayang, bertanggungjawab dan memiliki kesemua ciri lelaki idaman yang setiap wanita inginkan.
Setelah lahirnya anak yang ke-3, Puan Nini diuji.
Suaminya yang dulu sihat walafiat, tiba-tiba sakit. Dan dalam senggang masa beberapa bulan, suaminya pergi buat selama-lamanya.
Tiada lagi kucup kasih seorang suami. Hilang terus peluk cium seorang ayah.
Tidak ada perkataan yang mampu menggambarkan kesedihan Puan Nini ketika itu. Berkali-kali rebah dan jatuh, tetapi dipaksakan kuat untuk bangun.
Sebab apa?
Cuma satu sebab.
Anak-anak.
Bertahun Puan Nini keseorangan menguruskan tiga anaknya, datang pula lamaran daripada seorang duda. Seorang lelaki yang Puan Nini harap mampulah menggantikan kasih seorang ayah dan suami.
Namun, tak semua lelaki berkongsi ciri yang sama.
Suami barunya berbeza 180 darjah daripada arwah suaminya dahulu.
Pelbagai perkara yang dilakukannya, hingga kemuncaknya?
Puan Nini dan 4 orang anaknya (termasuk anak bersama suami baru) dihalau daripada rumah!
Mereka terpaksa menyewa sebuah rumah kontena usang untuk meneruskan hidup.
Situasinya sekarang lebih teruk dari sebelum ini. Ditinggal tapi tak dicerai. Digantung tapi tidak bertali. Beratnya ujian Puan Nini ni.
Puan Nini sudah dalam proses untuk memohon perceraian. Turun naik mahkamah beberapa kali, tetapi masih belum selesai sehingga ke hari ini.
Punca pendapatan Puan Nini sekarang ini cumalah daripada jualan kuihnya setiap hari. Sedap karipap yang Puan Nini buat ni. Tetapi pendapatannya tidak menentu, kadang 30 kadang 20 sehari.
Jadi macam mana kita nak bantu Puan Nini ni?
Here’s the plan.
Firstly, kita akan bantu daripada sudut keperluan asas keluarganya dahulu.
Kita akan berikan bantuan keperluan asas setiap bulan, supaya ada simpanan atau lebihan hasil daripada jualan kuihnya untuk kecemasan.
Second, kita akan bantu Puan Nini daripada sudut perniagaan.
Team biz4u kita akan melawat Puan Nini dan bentangkan perancangan untuknya supaya pendapatan bulanannya meningkat dan dapat keluar daripada senarai miskin tegar.
Okay ke macam tu awak?
Kita tak mahu beri bantu sekali, kemudian hilang menyepi.
Kita nak bantu Puan Nini dan ribuan lagi asnaf diluar sana untuk keluar terus daripada kemiskinan.
Biar mereka dapat hidup seperti kita.
Biar anak-anak mereka punya peluang seperti anak-anak kita.
Biar kelaparan tidak lagi menganggu tidur mereka.
Jom awak, kita sama-sama bantu mereka.
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi, “Apakah sifat-sifat Islam yang terbaik?” Nabi bersabda, “Beri makan kepada manusia, dan ucapkanlah salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal.” (Sahih al-Bukhari: 6236)
Jom kita praktikkan sifat-sifat baik ini selalu.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.