Ongoing

Tabahnya Ibu tunggal bergaji RM300 Ini Menjaga Anak Istimewanya

Economic Empowerment Campaign

Beberapa minggu lepas, kami bertemu dengan Puan Fazatul. Baik orangnya, lemah lembut percakapannya, teratur bahasanya.

 

Sambil meletakkan anaknya di pangkuan, beliau mula bercerita tentang kisah hidupnya. 

 

Udara yang tadi terasa ringan mulai memberat, suasana ceria tadi mula bertukar 180 darjah.

 

Puan Fazatul dikurniakan dua cahaya mata. Seorang berumur 12 tahun dan seorang lagi baru berusia 8 tahun. Ujian yang paling besar dalam hidupnya apabila doktor beritahu yang anak keduanya menghidap Hydrocephalus (lebihan air di bahagian kepala).

 

Tetapi bukan itu saja kata doktor.

 

Penyakit Hydrocephalus ini juga berkemungkinan besar akan menyebabkan Cerebral Palsy.

 

“Dulu akak ingat sakit beranak ni dah cukup sakit dik. Rupanya bila doktor bagitahu yang anak kita ni sakit…sakit teruk macam ni, lagi sakit rasanya dik. Sampai tak tahu nak cakap macam mana sakitnya.”

 

Bibir diketap kuat-kuat. Tangan kami genggam erat-erat. Air mata telah kami haramkan daripada gugur ke tanah.

 

“Tapi akak redha. Akak tak marah dengan Tuhan. Akak tahu ni ujian. Akak kena kuat, kan?”

 

Air mata yang kami haramkan untuk menitis, perlahan-lahan mengalir.

 

“Akak dah cukup kuat kak, it’s okay kalau akak nak berehat daripada jadi kuat hari ini. Kami ada.” kami membalas sambil menyeka air mata.

 

 

Ketika Ummu (anaknya yang istimewa) baru saja berusia 3 tahun, bahtera perkahwinannya pula diuji. Mulai saat itu, Puan Fazatul bergelar ibu tunggal, menguruskan dua orang anaknya sendirian tanpa suami disisi.

 

Segala kelengkapan, makan minum, ubat-ubatan, semuanya perlu diuruskan sendiri. 

 

“Akak ni kerja cleaner je dik. Itu pun tak dapat nak kerja full-time macam orang lain. Kalau akak kerja full-time, siapa yang nak jaga Ummu seharian?”

 

Dengan gaji yang tak sampai RM300 sebulan, Puan Fazatul dan anak-anaknya terpaksa hidup seadanya. Sebahagian besar memang digunakan untuk membeli susu Ummu, sisanya baru digunakan untuk barang keperluan dapur.

 

Sebab itulah, kita dah buat keputusan untuk berikan dua jenis bantuan berkala kepada Puan Fazatul sekeluarga.

 

Bantuan pertama merangkumi keperluan barangan dapur yang bernilai RM400 sebulan. Bantuan kedua pula merangkumi keperluan susu serta keperluan perubatan Ummu.

 

Dan ada lagi ratusan permohonan seperti ini yang memerlukan perhatian kita semua. 

 

Sebab itu kami nak ajak awak untuk turut serta dalam menyediakan keperluan barangan asas ini untuk mereka yang sangat-sangat memerlukan.

 

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi, “Apakah sifat-sifat Islam yang terbaik?” 

 

Nabi bersabda, “Beri makan kepada manusia, dan ucapkanlah salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal.” (Sahih al-Bukhari: 6236)

 

↓ ↓ ↓

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Rezeki Ummat Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)