KONGSI NIKMAT BERBUKA PUASA
SEPANJANG BULAN RAMADAN 2022

 

Sebelum kita mengeluh tentang rasa makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

 

Kata-kata ini mengingatkan kita agar bersyukur dengan setiap nikmat kehidupan. Bagi mereka yang pernah melalui situasi kekurangan makanan, pasti merasai betapa peritnya keadaan itu. 

 

Usahkan Berbuka, Bersahur Pun Ada Kalanya Bercatu

Sepanjang Ramadan ini, golongan asnaf, gelandangan, anak yatim terkadang terpaksa catu makanan bersahur dan masih gagah untuk mereka berpuasa.

 

Walau ada ketikanya, mereka teringin makan sesuatu juadah yang enak ketika berbuka puasa tapi apakan daya…

 

 

Ada yang sudah hampir 6 bulan hanya makan nasi berlaukkan garam,
Ada yang bersahur dan berbuka hanya dengan air kosong,
Ada yang sampai menangis tatkala menerima juadah berbuka.

 

Itulah sumber kekuatan kami untuk terus memberi kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.

 

SASARAN 200,000 PEK IFTAR PADA TAHUN INI

Ramadan 2022 kali ini kami menyasarkan jumlah sebanyak RM 4 Juta yang akan diagihkan kepada sekitar 200,000 orang penerima manfaat dalam dan luar negara. 

Negara Penerima Manfaat
Dalam negara:

    • Malaysia
 Rumah anak yatim, masjid, asnaf fakir dan miskin, gelandangan

Luar negara

      • Indonesia
      • Egypt
      • Afrika
      • Syria
      • Yaman
      • Palestin
      • New Zealand
      • Jepun
      • Korea
Anak yatim, mualaf, pelarian, golongan berpendapatan rendah dan miskin


Kami akan salurkan dalam bentuk
Pakej Individu (RM 20/pakej) dan Pakej Keluarga (RM 120/pakej) yang mengandungi :

 

Ramadan Mengukir Senyuman Buat Mereka Yang Kelaparan

 

Setiap amalan baik dilakukan dalam bulan Ramadan akan diberi ganjaran sangat istimewa melebihi bulan lain. Antara amalan baik yang dianjurkan Islam dalam bulan Ramadan adalah memberi makan kepada orang berpuasa.

 

Anda yang inginkan keuntungan di akhirat, perlu MEREBUT PELUANG SEPANJANG RAMADAN ini untuk melakukan ibadat sebagai bekalan di akhirat.

 

 

APA YANG ANDA TUNGGU LAGI?
INILAH MASANYA UNTUK ANDA KONGSI REZEKI BERBUKA BERSAMA MEREKA!

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Special Iftar for Ummah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)