Dari Aisyah ra, Nabi saw bersabda;
“Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan manusia pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih Haiwan Qurban.
Sesungguhnya Haiwan Qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya.
Dan sesungguhnya sebelum darah Qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Qurban itu.”
(HR Tirmidzi)
Qurban adalah satu ibadah yang sangat dituntut pelaksanaannya dalam Islam bagi mereka yang berkemampuan. Daging qurban ini juga akan diagihkan kepada asnaf yang memerlukan dan mangsa bencana.
Ibadah ini akan dilaksanakan pada:
Pada tahun ini, kami buka terhad kepada 1000 ekor lembu sahaja.
Ini bermakna, hanya 7,000 bahagian lembu saja akan dibuka untuk anda rebut peluang korban yang datang setahun sekali ini
Tarikh pendaftaran akhir akan ditutup pada: 30 JUN 2022
Untuk menyertai ibadah korban melalui program QC4U, anda boleh pilih pakej seperti di bawah:
✅ 1 BAHAGIAN LEMBU: RM 800
✅ 1 EKOR LEMBU : RM 5600
Anda tahu tak, majoriti pelarian di negara bergolak seperti Syria, Yaman, Palestin, Afrika, Mesir mereka berbuka hanya dengan air kosong? Pedihnya perut!
Golongan asnaf dan gelandangan dalam Malaysia juga tidak ketinggalan. Sudahlah seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga.
Bila sudah masuk waktu berbuka, masih terpaksa menahan lapar. Kasihan sungguh…
Apa kata, anda bersama-sama dengan kami taja makanan berbuka kepada mereka ini, nak?
Mari kita bersama-sama memberi kemanisan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menaja program Special Iftar For Ummah (SIFU).
SIFU adalah program tajaan berbuka puasa tahunan anjuran MyFundAction dan Food for Hunger bagi menyantuni saudara semuslim di Malaysia dan beberapa buah negara yang lain yang memerlukan.
Kami mahu akaun pahala anda bertambah! Dalam anda meraih pahala berqurban, anda juga dapat menambahkan saham akhirat anda dengan berkongsi nikmat berbuka bersama mereka memerlukan ketika bulan Ramadhan.
Untuk menyertai ibadah korban dan taja juadah berbuka melalui program QC4U dan SIFU, anda boleh pilih pakej seperti di bawah:
✅ 1 BAHAGIAN LEMBU + PAKEJ IFTAR 10 INDIVIDU: RM 1,000
✅ 1 EKOR LEMBU + PAKEJ IFTAR 70 INDIVIDU: RM 7,000
RM200 yang anda kirimkan ini adalah untuk 10 orang makan. Bayangkan, betapa besarnya ganjaran akan dihantar kepada anda dengan memberi makan 10 orang?
Kami sudah terbayang wajah ceria mereka apabila dapat merasakan juadah istimewa ketika berbuka setelah sering kelaparan dari sebelum Ramadan lagi…
Bantuan ini, kami akan salurkan dalam bentuk Pakej Individu (RM 20/pakej) yang mengandungi:
Lebih banyak kelebihannya jika anda memilih untuk laksanakan ibadah qurban dengan memilih pakej Qurban + SIFU.
“RM1000 bagi saya terlalu besar. tapi saya mahu mengerjakan ibadah qurban.” kata seorang pak cik berusia kepada kami.
Tak perlu khuatir. Kami ada sediakan alternatif lain bagi memudahkan anda untuk mengerjakan ibadah qurban pada tahun ini.
Kami perkenalkan Pakej Tabung dimana anda boleh menabung secara bulanan. Dengan cara ini, anda dapat melaksanakan qurban dengan serendah RM200 sebulan!
Anda boleh pilih pakej di bawah untuk membuat tabungan dan impian anda untuk melaksanakan ibadah qurban tahun ini akan tercapai:
PAKEJ A = RM200
PAKEJ B = RM250
PAKEJ C = RM340
PAKEJ D = RM500
JOM MULAKAN IBADAH QURBAN!
“Saya bersetuju untuk mewakilkan MyFundAction untuk Qurban(sila sebutkan nama peserta yang ambil qurban) pada tahun ini 1443H kerana Allah Ta’ala”
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang telah saya masukkan di atas adalah benar dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya ada maklumat yang tidak benar.”
Hubungi nombor yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut:
CIK SHAHIDA FAZIRA
016-2181090
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.