Ongoing

Food Security Campaign

Jom Belanja Anak Yatim Berbuka Puasa Nak?

 

Hai Assalamualaikum,

 

Lately, mesti awak perasan yang awak terima banyak emel & SMS daripada kami. Maaf tau, kami takde niat nak ganggu awak. Cumanya ada yang request untuk dapatkan emel/sms peringatan macam ni setiap malam ganjil dalam 10 malam terakhir ni.

 

“Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil”. [Riwayat Ahmad, no.Hadith 85]

 

Jadi kami tuliskan emel & SMS ini sebagai peringatan, khas untuk awak & diri kami sendiri 🙂

 

So malam ni merupakan malam ke-23 Ramadan. Kurang lebih, 7 hari lagi Ramadan akan pergi meinggalkan kita. Sepanjang 22 hari yang lalu, Alhamdulillah kita dah berjaya buat agihan pek Special Iftar for Ummah kepada lebih 16,000 orang di seluruh dunia.

 

Kita telah buat agihan di Malaysia, Indonesia, Yaman, Syria & Palestin. Ini semua hasil bantuan & perkongsian awak dan kawan-kawan yang lain.

 

Kalau di Malaysia, agihan banyak dibuat di rumah anak yatim & madrasah terpilih. Lebih 13,000 penerima manfaat setakat hari ini.

 

Awak tahu tak, ada satu hari ni kami pergi satu rumah anak yatim ni untuk buat program agihan & aktiviti dengan mereka.

 

Kami terjumpa dengan seorang adik ni, namanya Syafirul.

Awak tahu, Ramadan tahun ini adalah Ramadan Syafirul yang pertama tanpa ayah & ibu yang tercinta. Ayah & ibu Syafirul baru je meninggal dunia tahun lepas akibat Covid-19.

 

Kami tanyakan pada mereka apa erti Ramadan tahun ini kepada mereka?

 

Jawapan Syafirul ini membuatkan air mata kami bergenang.

 

“Kalau bulan Ramadan, saya boleh baca tahlil.”

 

Jeda tiga saat sebelum Syafirul menyambung kata…

 

“Untuk arwah mak saya.”

 

Betapa beratnya ujian seorang anak kecil yang terpaksa meneruskan kehidupan tanpa seorang ibu disisinya.

 

Tbh , kita yang dah berusia ni pun jika Allah tarik salah seorang ahli keluarga kita, kita akan rasa kekosongannya. Kekosongan yang tidak dapat digantikan oleh sesiapa.

 

Apatah lagi Adik Syafirul yang baru nak menjengah ke alam remaja.

 

Kemudian kami sambung berborak lagi dengan Adik Syafirul.

 

“Bulan Ramadan ni, apa yang Syafirul paling rindu sangat-sangat.”

 

Syafirul memandang kami untuk beberapa ketika, kemudian membalas,

 

“Kalau bulan Ramadan ni, saya paling rindu sangat masakan ibu saya.”

 

Satu kerinduan yang pasti dan pasti kami tidak dapat penuhi. 

 

Air mata yang bertakung di kelopak mata perlahan-lahan jatuh mengalir ke pipi. Sukarelawan yang mendengar luahan Syafirul mula pandang ke belakang dan keatas, mengelak daripada air mata terus mengalir.

 

Kita perlu kuat! Kita perlu kuat!

 

Itulah yang kami jeritkan dalam hati.

 

Kami tak mahu Adik Syafirul ikut sedih sama. 

 

Di kesempatan bulan yang mulia ini, kita siapkan juadah berbuka untuk Adik Syafirul & kawan-kawannya dengan makanan yang sedikit istimewa & sedap-sedap belaka.

 

Walau sudah pasti mustahil untuk mengubati kerinduan Adik Syafirul, tapi mudah-mudahan cukup untuk menggembirakan sejenak hati Adik Syafirul & kawan-kawan yang senasib dengannya.

 

Program edaran Special Iftar For Ummah ini terus berjalan setiap hari sehinggalah ke penghujung Ramadan insyaAllah.

 

Kalau awak berminat untuk belanja Syafirul & kawan-kawannya berbuka puasa tahun ini, boleh klik link dibawah

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Special Iftar For Ummah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)