Ongoing

Food Security Campaign

Boleh Dapat Ganjaran Puasa 600 Hari Dengan Cara Ini

Apa khabar? Saya harap awak sentiasa berada dalam keadaan sihat, bahagia dan gembira bersama keluarga yang tercinta.

 

 

Awak nak tahu teknik untuk dapatkan pahala puasa berganda sampai 600 hari ni? Teknik ni sebenarnya dikongsikan oleh Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam Kitab Maqasid al-Saum.

 

Imam Izzuddin Al Izz mencatatkan, 

 

‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun.’’

 

Apakah sandarannya?

 

Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al-An’am ayat ke-160:

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.

 

 

Jadi macam mana kita nak dapatkan ganjaran puasa sehingga 600 hari ni ? 

 

Mudah je. 

 

Sepanjang bulan ramadan nanti, kita belanja dua orang berbuka puasa setiap hari. Tak kisahlah dengan kurma ke, dengan bubur ke, dengan kuih ke, yang penting kita beri sesuatu pada mereka ketika mereka berbuka puasa. 30 x 20 = 60 orang.

 

Eh boleh ke kalau bagi kurma je? Bukannya orang yg berpuasa tu kenyang pun.

 

Sebenarnya soalan ni dah pernah ditanyakan oleh para sahabat dari dulu lagi.

 

Ada satu hari, Rasulullah SAW bersabda,

 

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya.

 

Kemudian, ditanyakan kepada Rasulullah SAW,

 

‘’Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka.’’

 

Apa jawapan baginda Nabi SAW?

 

‘’Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman.’’

 

Betapa pemurahnya Allah nak berikan ganjaran sampai macam tu sekali. Air minuman atau sebiji kurma pun dah memadai untuk kita dapatkan ganjaran yang sangat besar ni.

 

Tapi, kalau awak ada kemampuan dan kelapangan, belanjalah juadah berbuka yang memberikan kekenyangan buat orang yang sedang berpuasa.

 

Sebabnya, perbuatan memberi makan sehingga kenyang ini adalah lebih afdhal & lebih besar pahalanya. Seperti sabdaan Baginda Nabi SAW,

 

Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya, dan Allah akan memberikan dia minum daripada Haudh (telaga) ku dengan minuman yang akan menyebabkan dia tidak akan dahaga selamanya sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.

 

Btw, awak dah ada plan nak belanja sesiapa berbuka ke bulan ramadan nanti? 

 

Kalau belum, kami nak ajak untuk belanja anak-anak yatim & pelajar tahfiz berbuka sepanjang ramadan nanti.

 

Antara rumah serta madrasah yang terlibat nanti adalah: Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Amal Firdaus, Rumah Anak Yatim Inayyah dan 25 lagi rumah serta madrasah yang terlibat.

 

Insya-Allah, kita akan sediakan juadah terbaik buat mereka nanti lengkap dengan nasi berlauk, air minuman, kuih-muih, buah dan pencuci mulut.

 

Kos tajaan untuk seorang adalah RM20 je.

 

Terpulang pada awak nak taja berapa orang pun. 1 ke, 2 ke, 3 ke atau nak belanja 60 orang terus pun boleh. Bergantung kepada kesediaan awak.

 

Jadi macam mana nak belanja anak-anak yatim & pelajar tahfiz ni berbuka?

 

Awak klik je link dekat bawah ni.

 

Mudah-mudahan Allah terima segala ibadah yang kita lakukan pada bulan ramadan nanti & mudah-mudahan Allah temukan saya & awak dengan lailatul qadar.

 

Amiin. 

 

p/s: Terima kasih ya sudi baca sampai habis mesej ini 🙂

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Special Iftar for Ummah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)