MyFundAction

Awak pernah tengok orang yang terkena serangan strok?

 

 

Serangan strok ni kebiasannya terjadi pada masa-masa yang kita sendiri tak jangka. 

 

Dan kisah Encik Nawi ini sangat menyayat hati. 

 

Mendengar kisah yang diluah isterinya membuatkan jantung kami berdebar, mata kami berair dan hati kami benar-benar menginsafi setiap saat yang diberi Tuhan untuk menikmati hidup ini.

 

Pagi tu, Encik Nawi seperti biasa. Bertolak ke tempat kerja, mengikat bata, menaikkan atap, menuang simen sambil bergurau senda dengan kawan-kawannya.

 

Cuma tengahari itu, Encik Nawi menolak pelawaan sahabatnya untuk makan bersama. Tak ada selera katanya.

 

Encik Nawi melaksanakan setiap tugasan sehingga lewat petang. Berehat sebentar untuk solat maghrib & mandi, kemudian bertolak ke bengkel untuk mencari duit sampingan. Rutin biasanya walaupun kepenatan.

 

“Sekarang ni semua barang naik, mana cukup satu kerja je. Paling tidak kena 2,3 kerja. Nak buat macam mana? Dah kita ni miskin kan…”

 

Pulang ke rumah setelah selesai tugasan keduanya malam itu, Encik Nawi tiba-tiba rebah. 

 

Berkali-kali dikejutkan, ditampar & direnjis dengan air, keadaan masih sama. Encik Nawi tak sedarkan diri. 

 

Puan Raini bergegas membawa suaminya ke Hospital Kelaboran dengan air mata yang berlinangan. Cemas, terkejut dan yang paling utama, tidak bersedia untuk kehilangan.

 

Hospital Kelaboran merujuk kes Hospital Raja Perempuan Zainab untuk rawatan pakar.

 

Sebulan awak. Sebulan Encik Nawi terpaksa ditidurkan. Jalan untuk merawatnya hampir nihil, buntu.

 

Dalam kesamaran itu, tiba-tiba ada sinar di hujung jalan.

 

Satu-satunya cara untuk menyedarkan Encik Nawi adalah dengan menebuk lubang di bahagian tekaknya, kata pakar.

 

Alhamdulillah, pembedahan berjaya.

 

Encik Nawi tersedar daripada rehat yang panjang. 

 

Dan ujian buat keluarganya belum berakhir. Walaupun tersedar, dia tidak lagi mampu menggerakkan badan walaupun seinci!

 

Semua urusan hariannya diuruskan oleh anaknya yang paling sulong. Yang terpaksa mengorbankan cita-citanya untuk belajar dan bekerja untuk berbakti kepada sosok tubuh insan yang membesarkannya.

 

Kos bulanan untuk menguruskannya melebihi RM2000. Susu, lampin pakai buang, mesin rawatan, alatan perubatan, ambulans. RM2566.65 secara tepatnya.

 

Siapa lagi yang Encik Nawi boleh harapkan untuk membantunya meneruskan kehidupan ini ?

 

Enam daripada tujuh anaknya masih bersekolah. Yang sulung terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan ayahnya sepanjang hari. 

 

Siapa lagi yang Encik Nawi boleh harapkan agaknya?

 

Awak sudi tak untuk bantu Encik Nawi meneruskan kehidupannya?

 

“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” – (HR Muslim)

 

Semoga Allah memudahkan segala urusan awak, keluarga awak & semua insan yang awak sayang. Amiin. 

 

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)