MyFundAction

BINA SURAU UNTUK SK PASIR KUBU

Sepanjang 40 tahun sekolah SK Pasir Kubu ini dibina, warga sekolah terpaksa tunaikan ibadah di ruangan kecil kelas mengajar sahaja.

Selepas itu, atas kerjasama ramai pihak, sebuah pondok kecil dapat dibina untuk menjadi surau.

Itu pun hanya dapat muatkan 20 orang sahaja.

Tetapi, akibat daripada bilangan pelajar yang semakin bertambah, mana mungkin dapat memuatkan 200 orang pelajar sekaligus.

Pelajar di sekolah tersebut memerlukan sebuah surau baru yang luas dan selesa untuk aktiviti pembelajaran Al-Quran, amali ibadah dan aktiviti keagamaan yang lain.

APA PERANAN KITA?

Jadi, melihatkan kepada situasi yang berlaku, MyFundAction telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah surau yang bukan sahaja dapat digunakan oleh warga sekolah bahkan juga untuk manfaat warga penduduk tempatan.

Tetapi, kos untuk fasa 1 pembinaan surau itu saja sudah menelan kos sebanyak RM60,000.

Menurut cikgu Osman, pembinaan surau ini sangat ditunggu-tunggu warga Pasir Kubu. Katanya;

 

“Sebelum ini, ada seorang nenek bertongkat datang ke sekolah dan berikan saya RM800 untuk pembinaan…”

 

Seorang nenek tua saja ingin memberi sokongan kepada SK Pasir Kubu. Kita pula bagaimana?

 

WAKAF BINA RUMAH ALLAH DI SK PASIR KUBU

Jadi, kami ingin mengajak 600 pewakaf untuk sama sama kami menjayakan Fasa Pertama projek pembinaan surau Pasir Kubu ini dengan hanya berwakaf RM100.

Ayuh bersama kita berlumba-lumba melakukan kebaikan dan berkongsi rezeki.

Ganjaran yang kita akan perolehi kelak, akan tidak putus-putus selama mana ia digunakan.

Bayangkan apa yang akan terjadi jika sokongan kita tak sampai, aktiviti keagamaan sukar untuk dilaksanakan.

Lagi pula, dengan musim hujan sekarang, hujan yang lebat akan menyebabkan guru dan murid menerima tempias air hujan.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Masjid Perak Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)