Ongoing

Ongoing

Wakaf Pusat Komuniti Belia & Islam

Uplifting Education Campaign

Rebut Pahala Wakaf Usaha Dakwah di Jepun

Usaha Dakwah Di Jepun

Tahun demi tahun, pengembangan Islam di Jepun semakin memberangsangkan. Impak dari Perang Palestin – Israel juga tidak kurang memberi impak positif di negara matahari terbit ini.

Sejak tahun 2018, MyFundAction telah bekerjasama dengan 7 buah pusat Islam dan masjid di Jepun untuk menyebarluaskan dakwah di Jepun.

Mengapa Pusat Pembangunan Belia dan Interaksi Budaya bukan Masjid?

Sejak tahun 2020, statistik Islam di Jepun menunjukkan seramai 230,000 orang Muslim menetap di Jepun, dan hanya 22% daripadanya adalah warga Jepun. Justeru, misi MyFundAction kali ini berusaha untuk menyebarluaskan dakwah Islam khususnya buat belia Jepun dan generasi ke-dua yang juga golongan penting untuk disantuni.

Justeru, kami percaya idea pusat pembangunan belia dan budaya ini salah satu strategi berkesan untuk meluaskan dakwah Islam kepada non-Muslim yang mungkin skeptikal untuk memasuki masjid bagi mendekati Islam.

Bukan Sekadar “Pusat Islam”

Ini gambaran bangunan yang sedang kami usahakan. Bukan sekadar pusat berkumpul untuk dakwah Islam, malah kami sasarkan untuk menjadi platform pertukaran budaya dan ekonomi sebagai sokongan kepada mualaf.

> Ruang solat & kelas Ilmu

> Kafe sebagai tempat pertemuaan budaya dan ruang aktiviti

> Bilik meeting untuk sebarang perbincangan

> Ruang terbuka untuk remaja menjalani bimbingan daripada team MyFundAction

> Bilik tumpangan buat para Mualaf yang telah dibuang keluarga

 

Peluang Dakwah di Bumi Sakura

Oleh itu, kami di MyFundAction ingin mengajak anda untuk menjayakan penubuhan MYDC di Tokyo dengan berwakaf.

Kami yakin dengan adanya pusat ini nanti, pelbagai aktiviti keagamaan dapat dijalankan seterusnya memberikan manfaat buat saudara kita di dalam usaha mengukuhkan syiar Islam di sana.

 

.عَنْ أَبِيْ مُوْسَى عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ المُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا» وَشَبَّكَ  أَصَابِعَهُ. رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:

“Dari Abi Musa dari Nabi SAW., Baginda bersabda, “Sungguh (sebahagian) mukmin kepada (sebahagian) mukmin lainnya seperti bangunan, yang menguatkan sebahagian dengan sebahagian lainnya. Dan Baginda menyilangkan jari-jarinya,”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Let's be part of us in this project

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Support MYDC Jepun Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)