Purmin dilahirkan pada Februari lepas, pada mulanya mengalami selsema yang teruk sahaja dan kemudian doktor bertindak membuat pemeriksaan kesihatan ke atas baby Purmin. Melalui pemeriksaan kesihatan tersebut doktor mengesyaki baby Purmin mempunyai masalah jantung kerana Purmin mempunyai simptom seperti pucat, sukar bernafas dan sukar minum susu. Ibu bapanya juga perasan yang puteri sulung mereka kerap menangis kerana sesak nafas dan kekurangan oksigen.
Hal ini menyebabkan, baby Purmin dirujuk dengan pakar untuk membuat pemeriksaan dan mendapati anak mereka menghidap Coarctation of Aorta, Ventricular Septal (VSD), Atrial Septal Defect (ASD). Doktor menerangkan kepada ibu bapa Purmin tentang keadaan kesihatan bayi mereka, bahawa saluran darah turun ke jantung sempit yang menyebabkan jantungnya tidak mampu pam dengan baik untuk salurkan darah ke organ lain bagi membekalkan oksigen. Oleh itu, keadaan tersebut memerlukan baby Purmin menjalani pembedahan membesarkan saluran jantungnya. Dalam pada itu, doktor juga berkata keadaan baby Purmin kritikal dan memerlukan pembedahan jantung segera kerana boleh mengancam nyawa.
Bagai menjunam ke paras yang terlalu parah, begitulah perasaan kedua ibu bapa Purmin apabila mengetahui yang anak mereka berisiko kehilangan nyawa. Encik Abdul Rahaman berkata isterinya menangis setiap malam kerana teringatkan anak mereka. Sementara itu, baby Purmin telah di masukkan ke hospital dan di tahan wad pada 13 Mac kerana keadaannya semakin kritikal dan perlu dibedah segera. Dan melakukan pembedahan pada 15 Mac dan kos pembedahannya memakan jumlah yang besar iaitu RM 70,00. Pembedahan itu bertujuan unutuk membaiki saluran jantungnya dan Pulmonary artery banding (PAB). Sementara itu, mereka diselaputi perasaan pilu lagi apabila kedua ibu bapa baby Purmin tidak dapat menemani anak mereka di hospital kerana telah disahkan positif COVID19 dan terpaksa kuarentin.
Setiap pasangan itu inginkan yang terbaik untuk zuriat mereka, tetapi atas kesempitan ekonomi di tengah ranjau ke tidak mampuan. Mereka benar mengharapkan rakyat malaysia dengan curahan kasih sayang dapat membantu bayi mereka untuk mendapatkan pembedahan ini dan mereka sangat-sangat berterima kasih sekiranya ada yang sudi membantu.
Oleh itu, Kami daripada Myheart, dengan kerjasama MyFundAction, memohon sokongan kewangan dan doa anda untuk membantu baby Purmin mengharungi keadaan ini dan kembali sihat dengan kesihatan yang terbaik.
Ayuh berikan peluang dan nafas baru buat mereka yang memerlukan diluar sana dengan berkongsi sebahagian dari nikmat rezeki anda.
YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM ( MYFUNDACTION )Â
MAYBANK ISLAMICÂ
550510970419
REFERENCES: Purmin
Â
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.