Ongoing

Tabung Jantung untuk Ellycia

Health Accessibility Campaign

Hilang senyum tawa si kecil akibat masalah jantung

DERITA KANAK – KANAK ISTIMEWA, DIUJI PENYAKIT JANTUNG

Elyicca Clydinna Noil, 1 tahun 10 bulan berasal dari kawasan pedalaman Sabah. Adik Elyicca dilahirkan secara normal di rumah tanpa bantuan doktor dan tiada sebarang komplikasi berlaku ketika dilahirkan. Walaupun begitu, ketika Puan Joanna membawa Adik Elyicca untuk pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan Adik Elyicca menghidap penyakit Down Sindrom dan jantung berlubang.

 

Disebabkan penyakit itu, Adik Elyicca terus dikejarkan ke hospital untuk menjalani rawatan. Di situ, doktor menjalankan Echo Test dan mendapati bahawa terdapat lubang berhampiran dinding jantungnya yang memisahkan antara dua ruang jantungnya.

 

Mengalami Gejala Kegagalan Jantung dan Tiada Peningkatan Berat Badan

 

Pada usia 2 bulan, Adik Elyicca sudah mula menunjukkan gejala jantung sukar berfungsi. Hal ini jelas kelihatan dengan keadaannya yang sentiasa berpeluh terutama sewaktu menyusu dengan ibunya selain berat badannya yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Doktor kemudiannya memberikan ubat untuk jantung gagal berfungsi dan ubat tekanan darah dengan kekerapan sekali sehari buat adik Elyicca.

 

Namun, berat badan Adik Elyicca masih tidak menunjukkan peningkatan walaupun sudah berusia 10 bulan dan telah mengambil ubat yang disarankan oleh doktor. Adik Elyicca juga masih menunjukkan gejala kegagalan jantung yang sama apabila dirinya sukar untuk bernafas dan kadar degupan jantung yang tidak menentu. Disebabkan itu, doktor terpaksa menggantikan ubat yang baru untuk jantung gagal berfungsi dan tekanan darah setiap hari.

 

 

Pembedahan Perlu Segera Dilakukan

Melalui pemeriksaan jantung, doktor mendapati bahawa jantung Adik Elyicca mempunyai sistolik murmur dimana darah mengalir dalam saluran darah yang sempit menyebabkan Adik Elyicca sukar untuk bernafas. Adik Elyicca perlu menjalani pembedahan jantung segera dengan kos pembedahan mencecah sehingga RM50,000.

 

Tidak Mampu Hadiri Temujanji Doktor Kerana Masalah Kewangan

 

Pembedahan jantung yang mencecah RM50,000 harus segera dilakukan. Namun adik Elyicca berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Encik Noil hanyalah seorang peladang dengan pendapatan sebanyak RM600 sebulan. Manakala Puan Joanna pula hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa.

 

Adik Elyicca juga masih mempunyai 3 adik beradik lain yang masih kecil dan bersekolah. Kebiasaannya keluarga ini juga tidak mampu untuk menghadiri temujanji doktor di hospital kerana kekangan kewangan. Kos pengangkutan yang dikeluarkan setiap kali menghadiri temujanji sahaja sudah mencecah RM300 dan ia merupakan jumlah yang besar buat keluarga ini.

PROJEK: PEMBEDAHAN JANTUNG ADIK ELYICCA

 

Oleh itu, kami daripada MyHeart bersama MyFundAction ingin membuka tabung buat Adik Elyicca untuk menampung kos pembedahan berjumlah RM50,000. Kami juga ingin mengajak anda untuk bersama kami untuk menjayakan projek ini.

Untuk memudahkan anda, kami telah menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami:

 

Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30

 

Semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat adik Elyicca dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Semoga ada sinar kembali buat mereka yang menerima rezeki daripada anda.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Jantung Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)