MyFundAction

Ongoing

Tabung Jantung untuk Hafizah

Medical Relief Campaign

Hilang senyum tawa si kecil akibat masalah jantung

JANTUNG BENGKAK, PEMBEDAHAN MENUTUP LUBANG JANTUNG PERLU DILAKUKAN SEGERA

Wajah yang sangat comel dan suka menghiburkan orang lain, itulah antara karakter Adik Norhafizah yang kini berumur 1 tahun 8 bulan. Disebalik senyuman yang mampu menyejukkan hati semua orang, Adik Norhafizah sedang menanggung kesakitan akibat sakit jantung.

 

Adik Norhafizah diketahui menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir apabila bibir dan kukunya mula membiru ketika Adik Norhafizah menangis. Doktor menasihatkan agar pembedahan untuk menutup lubang jantung adik Norhafizah segera dilakukan kerana lubang akan semakin membesar dan boleh menyebabkan risiko kematian. Keputusan itu dibuat hasil dari CT scan dan mendapati jantungnya mula membengkak.

 

MENDERITA SEMENJAK USIA MASIH KECIL

Siapa sangka tubuh kecil dan lemah ini sedang menanggung banyak kesakitan. Adik Norhafizah bukan sahaja menghidap jantung berlubang bahkan mengalami beberapa masalah kesihatan lain iaitu masalah pernafasan, masalah saluran pemakanan tidak bercantum dan mata kanannya yang kecil.

 

Pembedahan untuk membetulkan saluran pemakanan telah pun dilakukan sewaktu adik Norhafizah berumur 3 bulan dan pembedahan tersebut berjaya. Namun sehingga kini adik Norhafizah masih menggunakan tiub pemakanan untuk makan dan minum.

 

OKSIGEN DI PARAS KRITIKAL!

Adik Norhafizah perlu melakukan pembedahan menutup lubang dijantungnya untuk terus hidup dengan segera. Keadaannya juga agak lemah.

Bibir dan kuku membiru kerana kekurangan oksigen setiap kali bermain atau menangis dan paras oksigennya hanya 85-86 %.iaitu di bawah paras oksigen normal 95 %.

 

PEMBEDAHAN DIPERLUKAN SEGERA NAMUN KELUARGANYA TIDAK MAMPU

Keadaan adik Norhafizah sangat membimbangkan apatah lagi kekerapan kadar oksigennya berada di tahap yang rendah sering berlaku dan jantungnya yang sudah mula membengkak.

Doktor menyarankan pembedahan tersebut perlu segera dilakukan dan mereka terpaksa akur demi menyelamatkan nyawa anak bongsu mereka walaupun menyedari kos pembedahan yang bakal ditanggung.

En Malek hanya bekerja sebagai seorang pekerja kilang ikan dengan gaji yang tidak menentu mengikut hasil tangkapan laut ketika itu. Hanya RM32 sehari dan itulah yang akan digunakan untuk menyara keluarganya.

Isterinya juga hanya seorang suri rumah dan perlu memberi perhatian sepenuhnya untuk menjaga anak mereka. Oleh sebab itu, kos pembedahan yang mencecah sehingga RM80,000 menjadi satu beban yang besar untuk mereka.

 

PROJEK: ADIK NORHAFIZAH

Oleh itu, kami daripada MyHeart bersama MyFundAction ingin mengajak anda bersama kami dalam usaha untuk menampung kos rawatan adik Norhafizah seterusnya meringankan beban keluarga ini. Ayuh bersama kami dalam menjayakan usaha ini.

Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami:

 

Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30

 

Semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat adik Norhafizah dan pesakit – pesakit jantung lain sepertinya. Semoga ada sinar kembali buat mereka yang menerima rezeki daripada anda.

 

 

Support Tabung Jantung untuk Hafizah

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Tabung Jantung untuk Hafizah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)