MyFundAction

Ongoing

Tabung Jantung untuk Nur Khayla

Medical Relief Campaign

3 Lubang di Jantung Bahayakan Kesihatan Khayla

Bayi Jantung Berlubang Perlu RM60,000, Gaji Ibu Pula Dipotong

Lubang di Jantung Bersaiz 0.60 cm, Perlukan Pembedahan Segera

Seorang ibu hanya mampu bersabar selepas gajinya dipotong gara-gara mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah demi menguruskan anak bongsunya berusia empat bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang.

 

Nur Farahiyah, 37, berkata, Nur Khayla disahkan mempunyai masalah jantung berlubang selepas penyakit kuning yang dialaminya tidak surut selama dua bulan selepas dia lahir.

 

Katanya, dia dan suami kini buntu selepas mendengar kos pembedahan yang diperlukan anaknya dalam masa terdekat ini.

 

“Saya ada tiga orang anak. Khayla merupakan anak bongsu dan kakak-kakaknya berusia 10 tahun dan lapan tahun. Alhamdulillah kedua-dua kakak Khayla sihat.”

 

“Khayla memerlukan RM60,000 bagi menampung kos pembedahan jantungnya. Itu tidak termasuk lagi dengan kos keperluan lain seperti susu, pampers, dan pengangkutan ke hospital seminggu sekali yang beranggaran sebanyak RM300-RM400.”

 

Luahnya lagi, dia terpaksa menerima hakikat bahawa gajinya telah dipotong berikutan keputusannya untuk bekerja dari rumah bagi menguruskan Khayla yang masih mendapatkan rawatan di hospital akibat tiga lubang yang ada di saluran jantungnya.

 

“Doktor kata, saiz asal lubang di jantung Khayla adalah sebesar 0.45 cm dan kini sudah membesar sehingga 0.60 cm.”

 

Hanya Mahukan Yang Terbaik Buat Khayla

“Sebagai ibu bapa, saya mahukan yang terbaik buat anak saya, panjang umur dan sihat serta dapat meneruskan kehidupan di samping keluarga,” katanya.

 

Menurutnya, keadaan kesihatan anaknya itu memerlukan dia untuk sentiasa bersedia dari segi kewangan.

 

“Apabila masuk sahaja hospital sudah dikenakan caj, belum termasuk kos pembedahan, ‘scan’ dan lain-lain yang kos tersebut akan terus bertambah sehinggalah anak saya dibenarkan pulang.

 

Dengan keadaan gaji saya dipotong dan gaji suami yang sekarang, kami gunakan untuk menampung dua orang lagi anak saya. Hal ini agak menyulitkan bagi kami untuk menyediakan wang yang banyak secara mengejut.

 

Jom Kongsi Rezeki!

 

Sokongan anda pasti sedikit sebanyak membantu meringankan beban ibu bapa Khayla. Anda boleh bekerjasama dengan kami menjayakan operasi pembedahan jantung adik Nur Khayla dengan berkongsi sebahagian daripada rezeki anda bersama mereka.

 

Ayuh berikan peluang dan nafas baharu buat mereka yang memerlukan di luar sana!

Support Tabung Jantung untuk Nur Khayla

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Tabung Jantung untuk Nur Khayla Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)