Ongoing

Peluang ‘terakhir’ Nurashikin bebas derita Leukimia

Health Accessibility Campaign

Semoga Nurashikin kembali sihat dan dapat menyambut Ramadhan bersama keluarga

“ Saya dah guna semua simpanan untuk anak saya, tebalkan muka pinjam dengan sedara mara. Kalau perlu jual rumah ni, saya akan buat. Yang penting semua rawatan segera tu anak saya boleh dapatkan dan tak perlu tunggu dah sakit teruk ” Yusof – ayah pesakit

Luahan sayu En Yusof, ayah kepada Nurashikin sewaktu berkongsi kisah perit yang terpaksa dilalui anak perempuannya yang menghidap kanser kepada team kami.

Kasih ibu membawa ke syurga kasihnya ayah sepanjang masa. Apa sahaja sanggup dilakukan oleh si ayah ini walaupun terpaksa menggadai semua harta yang ada demi memastikan anaknya dapat menjalani rawatan secukupnya.

Nurashikin menderita Acute Myeloid Leukemia

 

Acute Myeloid Leukemia atau sejenis kanser darah yang berasal dari sumsum tulang mula dikesan sejak September 2021 lagi apabila dia mengalami migrain yang teruk, muntah dan ulser dalam mulut. Kini Nurashikin harus menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 2 cycle.

Pihak kami juga dimaklumkan bahawa 1 cycle rawatan ialah sebanyak 17 kali sesi yang menelan kos sebanyak RM200 hanya untuk satu sesi. Belum lagi termasuk kos lain seperti ubat (midostrin) yang mencecah kos sehingga RM24,000.

“Saya Cuma Nak Dia Sihat Saja…”

Hanya ucapan ini sering kali meniti di bibir En Yusof. Tiada ibu bapa yang senang duduk memikirkan derita ditanggung anak tambahan pula rawatan kemoterapi pertama anaknya gagal kerana terdapat mutasi pada darah putih dan memerlukan rawatan kemoterapi kedua.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, duit simpanan juga semua sudah habis untuk menampung kos rawatan Nurashikin. “Saya cuma nak dia sihat saja”, ucap Encik Yusof. Terlihat sugul dan bergenang air matanya mengenangkan keadaan yang menimpa anak perempuannya itu. 

 

Ayuh Bersama Kami Kita Ringankan Beban Mereka !

Rakyat Malaysia yang prihatin di luar sana, anda boleh bekerjasama dengan kami menjayakan operasi pemindahan sumsum tulang Nurashikin dengan berkongsi sebahagian daripada rezeki anda bersama mereka. 

Berikan peluang dan nafas baharu buat mereka yang memerlukan dan bantu lebih ramai di luar sana!

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)