MyFundAction

Ongoing

Tabung Kanser Nurashikin

Health Accessibility Campaign

Peluang ‘terakhir’ Nurashikin bebas derita Leukimia

Ayah Tak Sanggup Lihat Anak Tahan Perit Jalani Kemoterapi

“Kalau perlu jual rumah ni, saya akan buat. Yang penting, anak saya dapat buat rawatan dengan segera. Saya tak sanggup tengok dia sakit teruk”, luah sayu Encik Yusof, bapa Nurashikin yang menjaganya. 

Nurashikin yang menderita Acute Myeloid Leukemia atau sejenis kanser darah yang berasal dari sumsum tulang mula dikesan sejak September 2021 lagi apabila dia mengalami migrain yang teruk, muntah dan ulser dalam mulut.  

Kasih bapa itu bagaikan tingginya langit biru kerana takkan pernah berhenti. Besar pengorbanan Encik Yusof terhadap anaknya sehinggakan dia sanggup tebalkan muka pinjam duit dengan saudara mara hanya untuk melihat anak kembali sihat.

Saya Cuma Nak Dia Sihat Saja…

Tiada ibu bapa yang senang duduk memikirkan derita ditanggung anak tambahan pula rawatan kemoterapi pertama anaknya gagal kerana terdapat mutasi pada darah putih dan memerlukan rawatan kemoterapi kedua.

Sebanyak RM24,000 diperlukan untuk bayar kos ubat saja. Jumlah ini belum termasuk lagi dengan rawatan kemoterapi dua kali dijalani Nurashikin, rawatan pemindahan sumsum tulang yang menelan belanja sehingga RM53,000, dan kos-kos yang lain. 

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, duit simpanan juga semua sudah habis untuk menampung kos rawatan Nurashikin. “Saya cuma nak dia sihat saja”, ucap Encik Yusof. Terlihat sugul dan bergenang air matanya mengenangkan keadaan yang menimpa anak perempuannya itu. 

Jom Kongsi Rezeki!

Rakyat Malaysia yang prihatin di luar sana, anda boleh bekerjasama dengan kami menjayakan operasi pemindahan sumsum tulang Nurashikin dengan berkongsi sebahagian daripada rezeki anda bersama mereka. 

Ayuh berikan peluang dan nafas baharu buat mereka yang memerlukan dan bantu lebih ramai di luar sana!

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)