Ongoing

Tabung Kanser untuk Nurain Syafiqah

Health Accessibility Campaign

Bertarung Nyawa Melawan Perit Kanser Seawal Usia 20 Tahun

Dugaan Hidap Kanser Limfoma Tahap 2

 

“Derita Menjalani Kemoterapi Hanya Tuhan Saja Yang Tahu”

Hati mana yang tak sedih dan menerima hakikat menghidapi penyakit kanser seawal usia 20 tahun bukanlah sesuatu yang mudah.

 

Itulah yang berlaku pada Nurain Syafiqah, 20 tahun yang disahkan menghadapi kanser Hodgkin Limfoma Tahap 2 selepas berteka teki dengan penyakit yang dihadapinya sejak tahun lalu.

 

“Ia bermula dengan kawan di tempat kerja ada tegur ternampak benjol di leher namun saya tak merasakan apa-apa dan tak sakit,” ceritanya.

 

Kemudian, dia pulang ke rumah dan bapanya menyuruh Nurain untuk buat pemeriksaan di hospital. Selepas diperiksa, doktor mengatakan bahawa mungkin ada ketumbuhan di lehernya.

 

“Doktor scan dan buat mini operation untuk ambil sample dari benjolan di leher. Doktor kata, ada kanser.”

 

Kemudian, Nurain dibawa ke Hospital Taiping dan dia perlu menjalani kemoterapi di sana.

 

“Saya perlu buat chemo sebulan 2 kali. Derita menjalani kemoterapi hanya Tuhan saja yang tahu,” tambahnya.

 

“Hanya kepada Allah sahaja tempat saya mengadu dan bergantung harap.”

Tatkala ditanya kos rawatannya, Nurain terdiam seketika. Akui beliau, ayahnya yang buat kerja kampung dengan pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan sebenarnya tidak mampu menampung kos yang diperlukan. Tambahan lagi, ibunya adalah suri rumah.

 

“Saya ada tujuh orang adik beradik. Saya dan adik yang berumur 19 tahun masing-masing bekerja untuk tampung perbelanjaan keluarga yang kurang,” tambahnya lagi.

 

Lima adiknya masih lagi bersekolah dan mereka ada dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan sebanyak RM300 sebenarnya cukup-cukup saja untuk menampung perbelanjaan sekolah adik-adiknya.

 

Bertanya lanjut tentang bagaimana Nurain ke hospital, katanya, sebelum ini dia hanya menaiki motosikal tetapi sejak kena buat kemoterapi, Nurain sekeluarga perlu menyewa kereta untuknya.

 

Sebab badan saya akan lemah selepas kemoterapi. Sebab tu kena sewa kereta,” katanya.

 

Nurain akui terpaksa berjimat cermat kerana masih ada rawatan kemoterapi yang perlu dibuat. Dia juga perlu minum susu bagi percepatkan kesembuhannya.

 

Kos rawatan dan susu sebanyak RM4,300 pada orang lain mungkin sedikit namun jumlahnya sangat besar bagi kami sekeluarga,” katanya dengan wajah sugul.

 

Jom Kongsi Rezeki!

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Anda yang prihatin di luar sana, ayuh bekerjasama dengan kami menjayakan rawatan kemoterapi Nurain. Beri mereka sinar peluang untuk bebas derita penyakit seperti yang lain.

 

APA YANG ANDA TUNGGU LAGI? INILAH MASANYA UNTUK ANDA BERKONGSI SEBAHAGIAN DARIPADA NIKMAT REZEKI ANDA!

 

Anda boleh pilih pakej di bawah untuk berikan peluang dan nafas baharu buat mereka:

TABUNG MYHEART RM500

TABUNG MYHEART RM200

TABUNG MYHEART RM100

TABUNG MYHEART RM50

TABUNG MYHEART RM30

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)