Tabung Makanan Asas

Economic Empowerment Campaign

Cuci Dua Buah Rumah Hanya Untuk Dapatkan RM10

Ada satu hari kami tengah buat agihan bantuan di Selangor. Dalam perjalanan, kami ternampak aunty ni on the way nak pergi kerja dengan basikal dia.

 

Kami maklumkan pada aunty yang kami nak bagi barang keperluan sikit, tapi kotaknya berat. Aunty pun ajak kami ikut dan masuk ke perkarangan rumah.

 

Bila dah masuk tu, sempat lah kami berborak sekejap dengan aunty sementara angkat kotak nak bagi.

Aunty maklumkan pada kami yang dia dapat upah RM10 je cuci rumah. Awal-awal tu, kami ingat yang aunty kena kemas & cuci satu rumah je untuk RM10 tu, rupanya RM10 tu untuk 2 buah rumah.

 

Tak tahu nak rasa apa masa tu sebenarnya.

 

Rasa kasihan pada aunty & rasa marah juga pada orang yang mengambil kesempatan ni. Tapi mungkin, orang yang mengupah pun sama-sama tak berapa kaya, sekadar itu yang mampu dia bagi. Itulah sangkaan yang paling baik kami boleh buat.

 

Aunty ni kan, baik dan ramah sangat. Dia layan kami ni macam anak-anak yang dia dah lama kenal.

 

Dalam usia yang dah senja, aunty masih lagi terpaksa bekerja. Bukan untuk jadi kaya jauh sekali bermewah-mewah. Aunty ni membanting tulang daripada pagi sehingga ke petang semata-mata supaya hari esok, ada beras yang boleh dibeli.

 

Aunty ni sempat kongsi bekalan makanan yang dia bawa bila keluar bekerja. Sedihnya bila dikenang semula. Apa bekalannya?

 

Cuma nasi kanji + garam je buat perasa.

 

Bila Aunty tunjukkan bekalan dia, ya Allah nak menitis rasanya air mata. Bayangkan ibu kita makan nasi kanji dengan garam je selepas seharian membanting tulang. Jangan kata ayam atau ikan, telur pun tak ada!

 

It’s a tough time for most of us right now. Tapi ada orang dekat luar sana yang kesusahannya, tak terbayang dek kita.

 

Kami serahkan pada aunty bantuan kotak Rezeki Ummat yang ada bekalan keperluan asas untuk dua minggu.

 

Dalam kotak Rezeki Ummat ni ada beras, gula, garam, minyak, tepung, bihun, kopi, serbuk koko, teh, kicap, sos dan bermacam-macam lagi keperluan asas untuk beberapa minggu. Dan bantuan ini sebenarnya daripada kalian juga.

 

Terima kasih tau sebab sudi sama-sama bantu Aunty dan ribuan lagi keluarga yang terjejas sebelum ini.

 

By the way, sekarang kita adakan cara baru untuk memudahkan kalian yang nak membantu secara konsisten setiap bulan iaitu kaedah auto-debit. Jadi setiap bulan, awak dah tak terlepas peluang untuk sama-sama bantu menyediakan keperluan asas buat mereka yang memerlukan.

 

Takde fixed amount pun untuk ini.

 

RM10, RM30, RM50 sebulan pun okay.

 

Walaupun RM10 ni bagi kita kecil, tapi cuba awak bayangkan jika 100 orang contribute RM10 ni secara konsisten setiap bulan, berapa banyak kisah seperti aunty ni yg dapat kita sama-sama bantu, kan?

 

Tu yang kami nak ajak awak sama-sama join tu ?

 

Awak boleh klik button dekat bawah ni untuk join tau.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Rezeki Ummat Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)