Ongoing

Tabung Peralatan Perubatan

Health Accessibility Campaign

DERITA LEBIHAN CECAIR DALAM OTAK, NASIB DUA BERADIK SEJAK LAHIR

“Saya dan suami cukup pilu melihat keadaan anak kami namun kami tetap berusaha untuk memastikan kesihatan mereka terjaga.”

Tidak seperti kanak-kanak seusia dengannya yang lincah berlari dan petah bercakap, nasib dua beradik di Kluang, Johor, amat berbeza kerana hanya mampu terbaring akibat penyakit yang dihidapinya.

Berat ujian yang menimpa dua beradik ini, abangnya Nur Iman Syah, 12, dan adiknya Nur Rahil Raihan, 3, telah diuji dengan penyakit Hydrocephalus atau lebihan cecair dalam otak sejak lahir lagi.

Nur Iman yang lahir di Hospital Kuala Lumpur telah dikesan menghidap Hydrocephalus sejak dari dalam kandungan lagi.

 

Semasa umurnya 5 hari, adik Iman menjalani pembedahan untuk memasukkan tiub sampai ke perut supaya dapat mengalihkan lebihan cecair otak agar kepalanya tidak semakin membesar.

Adik Iman bukan sahaja derita Hydrocephalus namun turut mengalami penyakit asma dan kerap diserang sawan. Disebabkan itu, adik Iman terpaksa berulang alik antara Hospital Sultan Ismail, Hospital Kluang dan Hospital Kuala Lumpur untuk mengikuti temujanji.

Manakala adiknya, Nur Rahil Raihan juga dikesan menghidap penyakit yang sama ketika dalam kandungan lagi.

Kini kepalanya membesar sehingga 62cm. Adik Rahil turut mengalami masalah buah pinggang ketika usianya 6 bulan. 

Adik Rahil telah menjalani pembedahan memakai tiub di kepalanya selama tiga bulan semasa umurnya 4 hari. Tetapi adik Rahil mendapat jangkitan kuman di kepalanya dan mengakibatkan beliau terpaksa menjalani pembedahan sebanyak 5 kali

Adik Rahil mengikuti temujanji di Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan setiap 6 bulan sekali dan perlu berjumpa pakar kulit 2 bulan sekali.

Beliau juga perlu menerima rawatan di Hospital Kluang bagi pemeriksaan masalah kedua buah pinggangnya yang semakin besar dan membengkak kerana beliau mengalami kencing tidak lawas.

Adik Rahil telah menjalani pembedahan untuk sunat dengan memasukkan tiub di kemaluannya untuk keluarkan air kencing kerana bimbang akan mendapat jangkitan jika dibiarkan.

RAWATAN TERKINI ADIK IMAN SYAH & RAHIL RAIHAN

Buat masa kini kedua beradik ini hanya terlantar di rumah dan menggunakan tiub untuk minum susu serta memerlukan lampin.

Kata doktor untuk rawatan adik Iman, selagi kakinya masih mudah untuk tukar lampin dan tidak rasa sakit, adik Iman tidak akan jalani pembedahan tetapi jika sakit adik Iman akan jalani pembedahan potong tulang.

Kos pembedahan tersebut mencecah RM4,000. Jadi setiap kali temujanji, adik Iman akan menerima rawatan cucuk botox untuk lembutkan ototnya.

Manakala adik Rahil akan terus mengikuti temujanji di hospital HSA. Adik Rahil memerlukan susu khas dan tidak boleh minum susu lain kerana tidak sesuai dengan kesihatannya dan akan menyebabkan adik Rahil mendapat kesan sampingan yang teruk seperti muntah, buang air besar berdarah dan kulit berair.

Keluarga ini buntu mencari pendapatan untuk menampung keperluan kedua anak mereka yang mencecah hampir ribuan ringgit sebulan melibatkan kos susu khas, lampin, selain perbelanjaan ulang-alik ke hospital.

Kami daripada Myheart dengan kerjasama MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Iman dan Rahil.

Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami:

TABUNG MYHEART RM500

TABUNG MYHEART RM200

TABUNG MYHEART RM100

TABUNG MYHEART RM50

TABUNG MYHEART RM30

NAMA PESAKIT : NUR IMAN SYAH (12), NUR RAHIL RAIHAN (3)

TEMPAT TINGGAL : KLUANG, JOHOR

PENYAKIT : HYDROCEPHALUS ATAU LEBIHAN CECAIR DALAM OTAK

KEPERLUAN

KOS : RM11,420

  1. Carseat untuk adik Iman
  2. Susu – 2tin/sebulan 
  3. Syringe 50cc, tiub plaster
  4. Extension tube daripada pump nak ke rest tube kemudian sambung syringe
  5. Pampers Iman – 3 paket/6 bulan 
  6. Pampers Rahil – 4 paket/6 bulan
  7. Tisu basah – 6 bulan

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)