Ongoing

Ongoing

Misi Dakwah Jepun bersama Faizal Tahir

Uplifting Education Campaign

Projek Wakaf Pembinaan Pusat Pembangunan Belia dan Budaya Pertama

Assalamualaikum, saya Faizal Tahir. Alhamdulillah, kali ini diberi kesempatan lagi untuk saya berkolaborasi bersama MyFundAction dalam Misi Dakwah di Bumi Sakura, Jepun.

Pada tahun 2022, saya diberi kesempatan bertemu dan berinteraksi dengan sahabat-sahabat saya yang baru menerima cahaya Islam dan saya dibawa ke Masjid Otsuka iaitu satu-satunya masjid di bandar Otsuka.

Berita baik kali ini, saya diberitakan usaha kita untuk mencukupkan sebanyak RM1 Juta telah pun berjaya atas keikutsertaan anda semua! Nantikan update dari saya dan tim MyFundAction.

Namun, usaha kita belum selesai. Dalam misi kali ini, kita akan bersatu dalam usaha membangunkan sebuah pusat pembangunan belia dan budaya.

Mengapa Pusat Pembangunan Belia dan Interaksi Budaya bukan Masjid?

MyFundAction merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada tahun 2014, menyediakan platfom pembangunan belia khususnya di dalam usaha untuk melahirkan pemimpin berwibawa. 

Justeru, kami percaya belia adalah sasaran yang tepat untuk menggembleng tenaga dan perlu diedukasi sebagai legasi Islam yang baik.

Ini juga antara strategi berkesan untuk meluaskan dakwah Islam kepada non-Muslim di negara minoriti Muslim yang mungkin skeptikal untuk memasuki masjid bagi mendekati Islam.

Ayuh bantu saudara kita di Jepun mendalami Islam dengan wakaf serendah RM50 sahaja! Nantikan update tentang misi kali ini di instagram saya dan juga @myfundaction.japansouthkorea

Let's be part of us in this project

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Support MYDC Jepun Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)