MyFundAction

Ongoing

Realisasikan Projek Wakaf Air

Enliven Poverty Campaign

[PROJEK TELAH SELESAI KINI BERDEPAN DENGAN TUNGGAKAN KOS]

KRISIS BEKALAN AIR BERSIH

Air merupakan keperluan asas yang utama, namun sebahagian kawasan perkampungan di Malaysia masih tiada akses bekalan air bersih.

Ini yang terjadi kepada penduduk asnaf Muslim di Kampung Palas yang tidak dapat bekalan air yang mencukupi sejak lebih setahun yang lalu.

Hal ini disebabkan sumber air yang tidak stabil dan penduduk kampung terpaksa menggunakan air yang tidak dijamin kebersihannya.

“Kami ambil air daripada longkang di tepi jalan utama. Bahaya sebenarnya ambil air di situ sebab jalan utama tu selalu digunakan orang ramai untuk ke Gua Musang dan ke Cameron Highland.”

Penduduk Kampung Palas

 

WAKAF AIR USAHA BEKAL AIR BERSIH

Alhamdulillah! Kami di MyFundAction berjaya menyediakan 2 buah tangki air di atas bukit yang bertindak sebagai tangki simpanan.

Kami juga membuat penukaran paip-paip rosak sepanjang 2 km ke kawasan kampung. Serta, 1 lagi tangki air kami letakkan di kampung sebagai tangki kegunaan harian.

Kini, penduduk di Kampung Palas sudah boleh menarik nafas lega kerana saluran air bersih ini akan digunakan untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan mereka bersama.

“Saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih dengan usaha MyFundAction serta setiap daripada pemberi rezeki yang cakna dengan masalah bekalan air bersih yang berlaku di sini. Raya kali ni memang special lah!”

Penduduk Kampung Palas, adik Faril

 

NAMUN, PROJEK INI BERHADAPAN DENGAN KOS TUNGGAKAN!

Dalam keriangan mereka peroleh bekalan air bersih, masih ada satu dugaan yang membuatkan mereka dibelenggu kerisauan dan tidak senang duduk.

Kos keseluruhan bagi projek memakan belanja sehingga RM20,000 namun masih ada baki tunggakan bayaran kos pembinaannya.

Jumlah terkumpul setakat ini hanyalah sebanyak RM6,970 dan masih berbaki sebanyak RM13,030!

 

HADIAHKAN KERIANGAN SUASANA LEBARAN PENDUDUK KAMPUNG PALAS

Sambutan Aidilfitri 2022 kali ini pasti meriah! Namun kerjasama daripada semua pihak untuk bersama menyokong menyelesaikan tunggakan merupakan rahmat terbesar bagi penduduk Kampung Palas.

Ketahuilah dengan berwakaf untuk pembinaan tangki air ini, ganjaran pahalanya amat menguntungkan.

Selama mana tangki air itu dimanfaatkan untuk urusan ibadah penduduk dan aktiviti harian mereka, maka selama itulah pahala akan mengalir buat anda.


ISTIMEWA BUAT PEWAKAF !

 

Pihak MyFundAction Perak berbesar hati ingin memberi hadiah penghargaan kepada pewakaf untuk pakej RM100 dan RM200, butiran seperti berikut :

*sila lengkapkan maklumat alamat untuk urusan pengeposan pek.

Buat pewakaf yang mewakafkan sebanyak RM300, pihak MyFundAction akan meletakkan nama pewakaf di tangki tersebut sebagai hadian penghargaan.

PERHATIAN!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran melalui Billplz, anda boleh berkongsi rezeki secara manual melalui nombor akaun di bawah :


MAYBANK

558293626427
YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM (MyFundAction)

📌 Rujukan: Wakaf Air Kg Palas

Support Realisasikan Projek Wakaf Air

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Realisasikan Projek Wakaf Air Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)