MyFundAction

Ongoing

Health Accessibility Campaign

“Bermandi peluh demi sedikit air bersih…”

Semua orang tahu betapa pentingnya air. Jika tiada air walau untuk seketika saja pun, sudah tentu ada banyak masalah. Inikan pula langsung tiada sumber air. Boleh bayangkan tak kesusahan yang akan berlaku?

Tapi inilah sebenarnya yang dihadapi oleh penduduk di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Kawasan mereka langsung tiada sumber air bersih.

Setiap hari mereka bermandi peluh turun naik jalan berbukit dan berbatu untuk dapatkan 20-25 liter air bagi memenuhi keperluan harian.

“Biasanya, kami akan berjalan sejauh 600 meter untuk dapatkan air sama ada untuk memasak, mandi, dan yang paling penting sekali untuk menunaikan solat,” luah seorang penduduk.

Inilah yang terpaksa mereka hadap. Apa pilihan mereka ada selain daripada tabah dan bersabar?

Cuba kita fikir, macam mana kalau warga emas dalam lingkungan umur 60-70 tahun yang terpaksa naik turun jalan berbukit macam tu? Cukup bayangkan mak ayah atau atok nenek kita.

Agak-agak mereka ada kudrat yang cukup ke? Sedangkan kita yang muda ini pun ada kalanya tak mampu, apatah lagi mereka.

Tapi, tiada istilah tak mampu atau tak larat bagi penduduk di Nusa Tenggara Timur, Indonesia dalam kamus hidup mereka.

Ekspedisi Sosial Di Bumi Nusa Tenggara Timur

Jadi, kami di MyFundAction telah mengambil inisiatif untuk membantu penduduk di Nusa Tenggara Timur dengan memasang 3-4 batang paip yang menuju terus ke rumah mereka di Desa Maru.

Ini akan membantu membekalkan sumber air yang bersih dan dengan adanya sumber air yang bersih ini, tahap kebersihan komuniti di sana juga dapat ditingkatkan.

Mereka tak perlu lagi berjalan jauh dan menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan air. Namun begitu, kos yang diperlukan mencecah sehingga RM30,000.

Mari kita bersama-sama bantu bekalkan sumber air yang bersih untuk penduduk di sana dengan berkongsi sebahagian daripada rezeki kita.

WAKAF RM30

WAKAF RM50

WAKAF RM100

WAKAF RM250

Semoga dengan usaha kita ini, bebanan yang ditanggung mereka akan dapat dikurangkan. Bukan itu sahaja, pahala yang berganda pasti akan menunggu kita yang telah berusaha untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Water Security NTT Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)