Selama 5 tahun penduduk Kg Kerawat sukar mendapat bekalan air yang mencukupi disebabkan jumlah air yang tidak stabil bagi menampung aktiviti harian penduduk kampung. Yang mengharukan golongan ibu tunggal juga turut sama terkesan dengan masalah ini.
Air bukan sahaja diperlukan untuk minum tetapi untuk kegunaan harian lain seperti mandi, membasuh pakaian, atau urusan keagamaan juga penting.
Bayangkan, penduduk kampung terpaksa mendaki bukit yang tinggi, ataupun berjalan berkilometer jauhnya semata-mata untuk mendapatkan bekalan air yang kadangkala keruh dan tak bersih.
Air seperti ini (tanpa sebarang penapis) digunakan terus untuk memasak, membancuh susu anak, berwuduk dan sebagainya.
Inilah saluran air yang akan membawa air ke rumah-rumah penduduk kampung, cuma disebabkan faktor geografi sebahagian rumah-rumah penduduk di bukit menyebabkan berlaku masalah tekanan air.
Aktiviti harian seperti mencuci pinggan mangkuk juga tergendala apabila masalah bekalan air ini berlaku.
Kami tahu krisis air ini bukan satu perkara yang kecil. Jadi, MyFundAction telah mengambil inisiatif dengan melancarkan projek Wakaf Air Bersih sejak tahun 2020 lagi.
Projek ini dapat berkembang setiap hari berkat bantuan ramai pihak yang berjiwa baik.
Kami percaya bahawa satu hari nanti setiap orang dapat menikmati air yang bersih tidak kira di dalam mahupun luar bandar dan tak perlu bersusah payah lagi.
Ayuh berwakaf bersama kami dan semoga kita dapat menjayakan projek wakaf air bersih di Perak ini. Setitis air bersih buat mereka dapat memberi sejuta makna yang tidak ternilai.
Dengan itu, kami mengalu-alukan niat baik tuan/puan untuk mengambil bahagian wakaf untuk projek air bersih ini.
Semoga setiap ringgit yang disalurkan dibalas dalam bentuk ganjaran yang besar di dunia & akhirat.
Tuan/Puan boleh pilih pakej seperti yang tertera untuk terus berwakaf, atau:
✅ Wakaf Projek Air Bersih 1 Penama – RM300
✅ Wakaf Projek Air Bersih – RM100
✅ Wakaf Projek Air Bersih – RM50
✅ Wakaf Projek Air Bersih – RM30
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran melalui Billplz, anda boleh berkongsi rezeki secara manual melalui nombor akaun di bawah :
MAYBANK
|
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.