WAKAF AL-QURAN BUAT UMAT ISLAM DI AFRIKA SEMPENA BULAN RAMADAN
Ramadan merupakan satu bulan yang penuh dengan barakah dan rahmat. Sebagai umat Islam, kita sangat dituntut untuk menghidupkan bulan ini dengan pelbagai ibadah dan amal. Salah satunya adalah dengan membaca Al-Quran.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:-
‘Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanah (satu kebajikan). Dan hasanah itu pula digandakan sebanyak 10 kebajikan seumpamanya. Aku tidak katakan ‘Alif Lam Mim’ itu sebagai satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu. Hadith Riwayat at-Tirmizi, no. 2910
BERKONGSI AL-QURAN ANTARA SATU SAMA LAIN
Hal ini sebaliknya bagi Muslim di Afrika yang menghadapi kesusahan yang melampau, sehinggakan mereka terpaksa berkongsi Al-Quran dan membacanya bergilir-gilir! akibat kekurangan Al-Quran bercetak.
Selain itu, ayat-ayat suci yang dibaca akan segera ditulis di atas sekeping kayu yang kemudiannya akan digunakan untuk pembacaan peribadi mereka tanpa perlu berkongsi.
Bayangkan, kesusahan yang dialami oleh umat Islam di Afrika yang hanya mampu membaca Al-Quran yang ditulis mereka sendiri di atas sekeping kayu.
TERUS SEMANGAT BELAJAR QURAN WALAU DITIMPA KESUSAHAN
Walaupun mereka ditimpa kesusahan yang melampau, namun itu tidak memadamkan semangat mereka untuk membaca dan mempelajari Al-Quran.
Bahkan, dengan kehadiran bulan Ramadan yang penuh barakah ini, sudah pasti mereka akan lebih bersemangat untuk membaca Al-Quran bagi merebut fadhilat-fadhilat yang tidak dapat dalam bulan-bulan yang lain.
KENAPA WAKAF DI AFRIKA?
Masyarakat Muslim di Afrika adalah sebuah masyarakat yang cintakan Al-Quran. Keikhlasan dan kesungguhan mereka dalam mendalami ilmu Al-Quran jelas kelihatan walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran.
Namun, ada beberapa perkara yang telah menjadi asbab penghalang bagi mereka untuk terus mempelajari Al-Quran dengan lebih baik:
PELABURAN YANG BERMANFAAT SEPANJANG ZAMAN
Jika hendak dibandingkan kehidupan di Afrika dengan kehidupan di Malaysia adalah seperti ‘langit dengan bumi.’
Kesusahan bagi mereka adalah peluang bagi kita untuk merebut pahala yang berterusan dalam berwakaf malah dalam bulan Ramadan yang penuh barakah dan rahmat yang bakal tiba ini.
Raih pahala berlipat kali ganda!
Oleh itu, kami membuka peluang untuk anda sertai wakaf bersama kami dalam membantu mereka menghidupkan bulan Ramadan yang bakal tiba dengan ibadah membaca Al-Quran.
Anda boleh memilih pakej berikut mengikut kemampuan anda:
WAKAF A – RM 1000 = 20 naskah
WAKAF A – RM500 = 10 naskah
WAKAF B – RM250 = 5 naskah (paling ramai yang memilih pakej ini)
WAKAF C – RM50 = senaskah
Moga dengan usaha yang ditunjukkan dan perkongsian rezeki kita kepada mereka terutamanya sempena bulan Ramadan penuh rahmat ini, kita akan dikurniakan oleh Allah S.W.T pahala dan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Firman Allah S.W.T kepada kita;
“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
Surah Ali Imran – Ayat 92
InsyaAllah dengan keikhlasan dan kesungguhan yang anda tunjukkan untuk membantu mereka dapat menghidupkan suasana Ramadan di bumi Afrika.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.