Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”-Abu Hurairah,
AL-QURAN BUAT MUALAF BARU
Projek wakaf Kitab Al-Quran ini sebagai satu inisiatif di bawah teras dakwah dengan tujuan memberikan Al-Quran terjemahan sebagai rujukan utama dalam agama terutama kepada golongan yang baru mendekati dan mengenali Islam serta mereka yang jauh dari kemudahan dan capaian pendidikan agama yang komprehensif.
Sasaran kami adalah untuk mengumpul 2,000 naskah al-Quran terjemahan bagi mereka yang memerlukan kitab suci al-Quran terutama penduduk mualaf dan asnaf di Sabah dan Negara Jepun, disamping turut menyediakan kelas mengaji Al-Quran secara PERCUMA bersama Annur Quranic Centre buat mereka.
Justeru, ia dapat membantu mereka memahami isi al-Quran untuk panduan, peringatan dan petunjuk dalam kehidupan seharian.
Ayuh berganding bahu bersama MyFundAction membantu mereka menjaga akidah dengan projek wakaf Al-Quran.
ANTARA HIKMAH IBADAH WAKAF
Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(Sunan Tirmizi)
Ingat, membaca satu huruf Al-Qur’an diganjarkan dengan 10 kebaikan. Tentunya sebagai mualaf, membaca Al-Qur’an tidak hanya sekali, namun berkali-kali sampai mereka faham dan mampu beramal sebaiknya. Tentunya pahalanya akan besar sekali. Untuk itu Anda harus ikut serta kami dalam projek dakwah ini!
BAGAIMANA INGIN BERWAKAF?
Wakaf dibuka sekarang dengan serendah RM30 senaskah.
Untuk memudahkan urusan anda, terdapat beberapa pakej yang disediakan untuk berwakaf:
PAKEJ A [Wakaf 10 Penama] – RM500
PAKEJ B [Wakaf 5 Penama] – RM250
PAKEJ C [Wakaf 1 Penama] – RM50
PAKEJ SEIKHLAS HATI – RM30
“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun.”
(Hadis riwayat Muslim)
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.