Ongoing

WAKAF AL-QURAN RAMADHAN

Uplifting Education Campaign

LIPAT GANDAKAN PAHALA DI BULAN RAMADHAN

WAKAF AL-QURAN : “ISIKAN” BULAN MULIA INI DENGAN AMAL JARIAH.

 

 

“Sebaik-baik perkataan di bulan Ramadhan adalah membaca Al-Quran, maka perbanyakkanlah membacanya kerana perkataan paling baik adalah al-Quran”

 [ QS. Az-Zumar ayat 23]

 

1 PENAMA WAKAF AL-QURAN BUAT ASNAF DAN MUALAF

 

Terdapat ramai asnaf dan mualaf di Sabah belum betul-betul mendalami agama Islam. Walaupun  sudah bertahun memeluk Islam tetapi masih ada yang buta huruf al-Quran kerana tiada pendekatan dan bimbingan terhadap mereka yang mahu mempelajari ajaran Islam.

 

Bahan berunsur rujukan Islam juga masih lagi kurang. Namun begitu, makin sukar untuk mereka mendalami agama ini.

 

Jadi, sebagai saudara seislam marilah kita bersama membantu mereka menjadi celik al-Quran dengan berwakaf al-Quran terjemahan buat asnaf dan mualaf di Sabah.

 

RAIH GANJARAN DI BULAN RAMADHAN !

 

Selagi mushaf al-Quran ini dibaca dan dimanfaatkan oleh para pembaca, maka mengalirlah pahala yang berterusan buat pewakaf, in shaa ALLAH. 

 

Ayuh bersama MyFundAction dalam kempen wakaf al-Quran sempena ramadhan tahun ini. Wakaf dibuka sekarang dengan serendah RM50 untuk satu penama.

 

Berwakaflah atas nama sendiri,keluarga dan juga ibu bapa sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

 

Apalah nasib insan-insan di Sabah jika projek ini tidak dapat dijayakan, sesungguhnya mereka sangat memerlukan pembelajaran al-Quran dan mereka juga tidak mampu untuk mendapatkannya jika kita tidak membantu mereka.

 

BAGAIMANA INGIN BERWAKAF ?

Untuk memudahkan tuan/puan berwakaf, kami telah sediakan beberapa pakej-pakej berikut :

 

PAKEJ A [Wakaf 10 Penama] – RM500

PAKEJ B [Wakaf 5 Penama] – RM250

PAKEJ C [Wakaf 1 Penama] – RM50

PAKEJ SEIKHLAS HATI – RM30

 

Alangkah ruginya jika hari-hari di bulan ramadhan dilalui tanpa berwakaf. Satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda oleh Allah SWT.

 

Semoga kita manfaatkan sebaik-baiknya peluang beribadah pada bulan Ramadhan kali ini.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Waqf Al-Quran of Africa Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)