MyFundAction

Ongoing

Wakaf Al-Quran Sabah

Uplifting Education Campaign

Rakyat Sabah memerlukan sebanyak 1,000 Al-Quran terjemahan buat muallaf di sana

Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:  

“Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” 

(Sunan Tirmizi) 

 

Wakaf Merupakan Pelaburan Yang Tidak Akan Pernah Merugikan. Ambil Peluang Berwakaf Menjana Saham Pahala Kekal Sehingga Akhirat .

 

Al-Quran ialah mukjizat Allah bagi membuktikan keesaan-Nya mentadbir langit dan bumi selain memberitahu perkara ghaib yang tidak diketahui manusia. Membaca al-Quran mendapat pahala, begitu juga jika diwakafkan kepada golongan miskin untuk dibaca dan diamalkan isi kandungannya. 

 

WAKAF MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH

Projek wakaf kitab Al Quran sebagai satu inisiatif dakwah secara berterusan di Sabah dengan memberikan pengajian Al Quran sebagai rujukan utamadan mengenali Islam serta mereka yang jauh dari kemudahan dan capaian Pendidikan agama yang komprehensif 

 

SASARAN YANG DIPERLUKAN :

Sasaran kami untuk mengumpul 1,000 naskah al-Quran terjemahan bagi mereka yang memerlukan kitab suci al-Quran terutama penduduk mualaf dan asnaf di seluruh Sabah. 

 

Justeru, ia dapat membantu mereka memahami isi al-Quran untuk panduan, peringatan dan petunjuk dalam kehidupan seharian. 

 

Ayuh bersama MyFundAction dalam kempen wakaf al-Quran tahun ini. Wakaf dibuka sekarang dengan serendah RM50 penama. Berwakaflah atas nama sendiri,keluarga dan juga ibu bapa sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. 

 

Wakaf al-Quran dari anda semua akan dapat membantu mereka di sana. Selagi mushaf al-Quran tersebut wujud dan dimanfaatkan oleh para pembaca, maka mengalirlah pahala buat pewakaf, in shaa’ ALLAH.

 

Jumlah yang disasarkan mampu untuk direalisasikan jika kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakannya. 

 

BAGAIMANA INGIN BERWAKAF ?

Untuk memudahkan urusan anda,  terdapat beberapa PAKEJ/PENAMA yang disediakan untuk berwakaf:     

 

PAKEJ A (10 PENAMA QURAN) : RM500 

PAKEJ B (5 PENAMA QURAN)    : RM250 

PAKEJ C (1 PENAMA QURAN)     : RM50 

PAKEJ D (SEIKHLAS HATI)           : RM30 

 

Justeru, tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Itulah tafsiran daripada petikan hadis Nabi Muhammad SAW khusus menyarankan umatnya untuk  sentiasa memberi.  Sama samalah memberi kerana Allah.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Al-Quran Sabah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)