Ongoing

WAKAF AL-QURAN

Uplifting Education Campaign

WALAUPUN LEBIH 10 TAHUN MASUK ISLAM, MUALAF DI SABAH MASIH TAK RETI BACA AL-QURAN!

MISI 2,000 AL-QURAN TERJEMAHAN DAN KELAS MENGAJI PERCUMA BUAT GOLONGAN MUALAF SABAH

Asnaf di pedalaman Sabah tidak berpeluang seperti kita. Kebanyakan mereka masih belum pandai mengaji malah ada lagi yang buta Al-Quran (tidak mengenal huruf hijaiyyah), apatah lagi nak memahami isi kandungan Al-Quran tersebut.

Biarpun kita dengan mudahnya boleh belajar mengaji di hujung jari melalui aplikasi streaming atas talian, namun nasib tidak menyebelahi golongan ini bahkan terkadang rangkaian internet sukar didapati malahan ada juga yang tiada elektrik di kampung mereka dan hanya menggunakan tenaga yang sangat terhad.

Pendapatan keluarga hanya cukup makan, tidak mampu memiliki telefon pintar hatta yang paling rendah spesifikasinya. Tempat tinggal pula jauh di pedalaman di mana rangkaian internet sukar didapati.

Dia bukan mualaf namun sepanjang 39 tahun Puan Nur Ailan tidak pernah menyentuh apatah lagi memiliki Al Quran Terjemahan. Ya itu realiti penduduk di Sabah. walaupun berstatus agama islam namun mereka tiada pendekatan dan pendedahan tentang cara hidup Islam sebenar.

Bayangkan, betapa rasa berdosa dan bersalahnya apabila sukarelawan MyFundAction bertemu dengan mualaf dan muslim Sabah, masih ada lagi sebahagian mereka yang tidak boleh membaca Al-Quran selama mereka hidup berIslam. Mereka hanya sekadar menghafal, tapi apabila ditunjukkan ayat langsung dari Al-Quran, menggeleng mereka tidak mengerti apapun.

Alhamdulilah Puan Nur telah menerima wakaf Quran terjemahan dan kini sedang mengikuti kelas Pengajian Al-Quran dan Qiraati di bawah bimbingan Annur Quranic Centre di Kampung Gusi.Kampung Gusi salah satu kawasan pedalaman diadakan kelas Mengaji An Nur. Dia mengungkapkan rasa syukur dan terima kasih atas pemberian al-quran pertama dalam hidupnya dan kelas yang diadakan di sana serta berharap agar dapat lebih memahami tentang Islam melalui Al-Quran terjemahan dan kelas yang diadakan.

Bayangkan masih ramai lagi saudara kita di Sabah yang tidak berpeluang mendalami ilmu agama bahkan tidak mampu memiliki senaskah Al-Quran. Kami masih memerlukan sokongan anda anda menjayakan projek wakaf ini.   

WAKAF DAPAT MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH

Projek  wakaf Kitab Al-Quran ini sebagai satu inisiatif di bawah teras dakwah dengan tujuan memberikan Al-Quran terjemahan sebagai rujukan utama dalam agama terutama kepada golongan yang baru mendekati dan mengenali Islam serta mereka yang jauh dari kemudahan dan capaian pendidikan agama yang komprehensif.

Sehubungan itu, keperluan untuk pemahaman melalui pembacaan dan pengamalan Al-Quran dapat dimudahkan tanpa memberatkan pembaca lebih-lebih lagi bagi mereka mualaf yang baru berjinak-jinak dengan pembacaan Al-Quran.Ini dilihat penting untuk dititikberatkan dalam masyarakat muslim Sabah.

BERWAKAF KEPADA SIAPA?

Sasaran kami adalah untuk mengumpul 2,000 naskah al-Quran terjemahan bagi mereka yang memerlukan kitab suci al-Quran terutama penduduk mualaf dan asnaf di seluruh Sabah, disamping turut menyediakan kelas mengaji dan mentadabbur Al-Quran secara PERCUMA bersama Annur Quranic Centre di setiap daerah di Sabah. Kami menyasarkan setiap daerah di Sabah mempunyai sekurang-kurangnya satu Pusat Mengaji An-nur.

Justeru, ia dapat membantu mereka memahami isi al-Quran untuk panduan, peringatan dan petunjuk dalam kehidupan seharian. Ayuh berganding bahu bersama MyFundAction membantu mereka menjaga akidah dengan projek wakaf Al-Quran.

Ingat, membaca satu huruf Al-Qur’an diganjarkan dengan 10 kebaikan. Tentunya sebagai mualaf, membaca Al-Qur’an tidak hanya sekali, namun berkali-kali sampai mereka faham dan mampu beramal sebaiknya. Tentunya pahalanya akan besar sekali. Untuk itu Anda harus ikut serta kami dalam projek dakwah ini!

ANTARA HIKMAH IBADAH WAKAF

  • Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT
  • Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia.
  • Berkongsi manfaat dikalangan umat Islam dalam menyemarakkan syiar Islam.
  • Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah.
  • Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat Islam di Negara ini khususnya

BAGAIMANA INGIN BERWAKAF?

Wakaf dibuka sekarang dengan serendah RM45 senaskah.

Untuk memudahkan urusan anda, terdapat beberapa pakej yang disediakan untuk berwakaf:  

PAKEJ A [Wakaf 10 Penama]RM500

PAKEJ B [Wakaf 5 Penama]RM250

PAKEJ C [Wakaf 1 Penama]RM50

PAKEJ SEIKHLAS HATIRM30

Untuk transaksi WAKAF secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : MAYBANK

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)

No akaun : 550510970232

Sila letakkan rujukan “WAKAF QURAN“

Justeru, tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Itulah tafsiran daripada petikan hadis Nabi Muhammad SAW khusus menyarankan umatnya untuk  sentiasa memberi.  Sama samalah memberi kerana Allah.

Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 

“Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

(Sunan Tirmizi)

Rasulullah SAW juga menjelaskan usaha menyebarkan kebaikan menerusi sabdanya bermaksud:

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun.”

(Hadis riwayat Muslim)

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Al-Quran Sabah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)