MyFundAction

Nasib 147 Pelajar Ini Tak Seperti Kita Dahulu 😢

 

Sewaktu ke Sabah, saya dan team MyFundAction ke sebuah sekolah percuma yang dibangunkan oleh sukarelawan di Kampung Harumanis, Sepanggar, Kota Kinabalu.

 

 

Keadaan kelas mereka sekarang:

❌ Tiada kerusi dan meja yang sesuai.

❌ Tiada kipas.

❌ Tiada lampu.

❌ Tiada tikar getah.

❌ Tiada rak buku.

❌ Tiada elektrik.

✅ Semangat untuk menimba ilmu.

 

 

Cuba bayangkan bersesak-sesak di dalam sebuah kelas dengan 40,50 orang, tanpa kipas, tanpa kerusi, tanpa meja? 

Masa kita sekolah rendah dulu, duduk 30 orang dalam satu kelas pun dah rasa panas kan? Kipas memang nombor 5 sentiasa.

Cuba bayangkan kipas rosak sehari, berpeluh bukan kepalang.

Tapi diorang? Tiap-tiap hari tanpa kipas.

 

 

Bila keadaan gelap disebabkan mendung & hujan, kelas terpaksa dibatalkan.

Sebab apa? Mana ada lampu.

Disebabkan itu, sesuatu perlu dilakukan. 

Dan untuk ‘sesuatu’ itu terlaksana, bantuan kalian diperlukan.

Kita dah dapatkan kira-kira untuk semua item yang diperlukan:

 

 

Kita bukan nak beri mereka mewah, kita cuma nak beri mereka sekolah.

Sekolah yang sedikit selesa, cukup & sederhana, seperti yang pernah kita nikmati dulu.

Dan selagi kipas ini berpusing, lampu ini menerangi & tenaga solar ini berfungsi, maka selagi itulah pahalanya akan kita nikmati. Mudah-mudahan.

Rasulullah SAW bersabda,

“Tiap-tiap amalan (kebaikan) anak Adam akan dilipatgandakan, setiap kebaikan dilipatgandakan (ganjarannya) sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali lipat…”

(HR Muslim)

 

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support PMA Sabah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)