Ongoing

Wakaf Istimewa Kilang Roti di Idlib

Food Security Campaign

Krisis bekalan makanan : Berjuta pelarian Syria kelaparan

Roti adalah makanan ruji yang kita selalu ambil mudah tetapi ia bagaikan penyelamat nyawa bagi rakyat Syria yang dilanda perang. Setiap hari, lebih daripada empat juta pelarian Syria di Idlib kelaparan. Mereka terpaksa mencatu makanan mereka dan membiarkan anak-anak tidur dalam tangisan kerana kelaparan. Bayangkan bagaimana agaknya mereka dapat teruskan hidup dengan badan yang lesu kebuluran setiap hari.

Walaupun ramai orang datang untuk memberikan bantuan kemanusiaan, lebih empat juta pelarian Syria di Idlib masih kekurangan akses makanan asas. Selain daripada kekurangan fasiliti di rumah mereka untuk memasak, pandemik Covid-19 juga menyebabkan akses kepada sumber makanan menjadi lebih sukar. Hal ini menyebabkan mereka tidak boleh menghasilkan makanan dan mereka sentiasa dalam kelaparan. 

Tidak cukup dengan derita itu, pihak berkuasa Turki pula perlu menyekat pemindahan tepung ke Syria atas beberapa sebab. Ini menyebabkan lori tepung ke Syria terhenti dari semasa ke semasa seperti yang berlaku sekarang. Tambahan pula, sejumlah besar tepung yang dihantar ke Syria perlu diberikan kepada kedai roti yang beroperasi di Syria. 

Atas sebab ini, adalah menjadi satu keperluan untuk membina kilang roti di lokasi yang sangat dekat dengan sempadan Syria dan akan menjimatkan kos logistik. Hasil kilang roti juga akan mengurangkan keperluan tepung yang dipindahkan dari Turki ke Syria.

Tak terjangkau dek fikiran bagaimana sebuah keluarga dengan 10 orang terpaksa mencatu dan mengikat perut makan satu kali sehari. Sedangkan kita hanya tunjuk mahu makan apa. Sungguh perit hidup yang mereka lalui! 

Pada masa ini, jumlah pelarian Syria terus meningkat secara drastik berikutan lebih daripada satu juta warga Syria memilih untuk menjadi pelarian kerana peperangan yang berlaku di Idlib pada November 2020. 

Cukup hanya dengan melihat wajah sayu dan tubuh kurus mereka, jelas terpancar kehidupan mereka yang terdesak. Oleh hal yang demikian, kami berinisiatif untuk membina sebuah kilang roti di Syria dengan bantuan rakyat Malaysia. Kilang ini akan menghasilkan tujuh ke lapan ribu keping roti dalam satu hari dan akan diagihkan kepada mereka. 

Pembangunan kilang roti ini bertempat di Reyhanli, Turki yang terletak berhampiran dengan sempadan kem pelarian Syria. Hanya dengan jarak lima kilometer dari kem, inisiatif pembinaan kilang ini semestinya dapat membantu jutaan pelarian Syria. 

Pembinaan kilang ini bukan sahaja untuk menyediakan makanan tetapi juga bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang terjejas. 

Ramai daripada mereka yang kehilangan pencari nafkah kesan daripada peperangan yang berlaku misalnya isteri kematian suami, anak kehilangan bapa, keluarga yang kehilangan tempat tinggal, warga emas, gelandangan, anak yatim dan sebagainya. Hasil pendapatan yang mereka peroleh boleh digunakan untuk kelangsungan hidup.

Bantu kami membina kilang roti di Idlib dan hentikan kelaparan saudara kita di sana. Mari kita pastikan mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan kurangkan bilangan malnutrisi dan kematian.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui”.

Surah Al-Baqarah: 261

Semoga dengan setiap perkongsian rezeki yang anda salurkan dapat memberikan manfaat kepada lebih jutaan pelarian di Syria.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kilang Roti Syria Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)