MyFundAction

Dari Hotel Kapsul Bertukar Masjid!

 

 

Siapa sangka di sebalik bencana pandemik, ada hikmah besar yang Allah aturkan agar Islam semakin berkembang luas di bumi Jepun.

Lockdown PKP menyebabkan indutri pelancongan terkesan dengan sangat dahsyat.

Hotel-hotel ada yang terpaksa ditutup dan harga bangunan pada waktu itu jatuh dengan harga yang rendah.

Penduduk Muslim di Yamanashi melihat ianya adalah peluang berharga untuk mereka beli sebuah bangunan untuk dijadikan masjid.

Namun, harga belian bangunan di Jepun bukan murah seperti yang kita sangka.

Disebabkan keadaan yang mendesak, akhirnya Abdul Qadir Kato seorang Muslim Jepun di sana bersepakat dengan komuniti Muslim untuk menyewa bangunan bekas hotel tersebut terlebih dahulu sebelum ianya disewa/ dibeli oleh pihak lain.

Allahu Akbar! Ini adalah salah satu kejayaan kecil buat saudara kita di sana.
Kos sewa masjid setiap bulan adalah sebanyak USD 4,300 (MYR 18,900.65)

 

“Kekangan di sini adalah apabila tiada tempat solat yang selesa. Makanan halal juga sukar didapati” – Abdul Qadir Kato

 

3 Perkara yang berlaku sebelum adanya Masjid Fujikawaguchiko

 

#1 Tiada masjid di kawasan Yamanashi. Penduduk Muslim dan juga pelajar Islam di Universiti Yamanashi terpaksa pergi ke Shizuoka dengan jarak perjalanan selama 2 jam untuk ke masjid semata-mata.

Para pelancong Muslim yang datang ke kawasan Gunung Fuji dan Tasik Fujikawa tiada tempat yang selesa untuk solat.

#2 Tiada restoran makanan halal. Bayangkan di tempat kawasan tumpuan pelancong tetapi tiada langsung restoran makanan halal?

#3 Tiada tempat bimbingan agama buat saudara baru. Jarak masjid yang jauh menyukarkan mualaf Jepun mendapatkan bimbingan dan perlindungan.

Oleh itu, masjid ini adalah satu rahmat buat warga Muslim di sana.

 

 

Tapi, bila-bila masa sahaja bangunan masjid ini akan ditarik semula!

 

Kita tak sanggup untuk melihat perkara ini berlaku.

Justeru, pihak Masjid Fujikawaguchiko sedang berusaha untuk menyelamatkan masjid wakaf milik umat Islam ini dengan membeli tanah kawasan tersebut.

 

Ayuh selamatkan masjid umat Islam di Fuji!

Berwakaflah serendah RM30 untuk sama-sama kita luaskan syiar Islam di bumi Jepun.

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Masjid Fuji Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)