MyFundAction

Ongoing

Wakaf : Projek Bekalan Air Bersih Kg Chiong

[BAYANGKAN AIR BERKELADAK MENJADI KEGUNAAN SEHARIAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN]

Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR. Abu Daud)

 

Air bersih diperlukan untuk kegunaan aktiviti keagamaan di surau yang dibina oleh pihak kerajaan. Disebabkan ketiadaan air bersih, aktiviti di surau kebanyakannya terpaksa ditangguhkan.

 

 

“Kadang-kadang tiada air menyukarkan aktiviti surau dijalankan. Ada kala terpaksa meminta saluran paip di kampung lain ditutup, baru air sampai di surau Kg Chiong, ” kata wakil Pejabat Tadbir Agama Gerik. Ada aliran sungai yang mengalir berdekatan kampung tetapi tidak boleh digunakan kerana sudah tercemar oleh aktiviti pembalakan.

 

MASALAH YANG DIHADAPI UNTUK MENDAPATKAN AIR BERSIH.

 

 

Untuk mendapatkan bekalan air bersih di Kampung Chiong adalah melalui saluran paip besar daripada punca tapak tadahan di atas bukit sejauh 2 km. Namun, setelah bertahun-tahun digunakan, paip sedia ada telah mengalami kerosakan yang agak teruk seperti saluran paip pecah dipijak binatang buas seperti gajah. Ada juga  sekatan air disebabkan terdapat batu/batu kecil & tanah serta pasir yang datang daripada sumber utama tidak dibersihkan secara berkala.

 

Mereka terpaksa mengambil air dari sungai yang berdekatan untuk kegunaan harian termasuk untuk masak, minum, berwuduk, serta keperluan lainnya. Namun sungai yang sedia ada sudah tidak sesuai digunakan kerana airnya yang keruh dan tidak selamat kesan daripada pembalakan yang berlaku.

 

Oleh itu, amatlah diperlukan kerja-kerja pembersihan sekitar laluan paip dan kerja-kerja penyelenggaraan paip perlu dilakukan demi memastikan kelangsungan bekalan air bersih tanpa gangguan. Kerana penduduk kampung ini tiada pendapatan yang mampu untuk mereka menyelenggara sistem perpaipan itu.

 

WAKAF AIR BERSIH, SUNGAI CHIONG, GERIK PERAK

 

Wakaf Air Bersih ini bertujuan untuk membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil bernilai di bawah RM20,000.00, antaranya:

a. Sistem perpaipan sumber air dari tapak simpanan air di atas bukit sepanjang 2 km;

b. Pembelian alat-alat ganti paip, penyelenggaraan secara berkala;

c. Operasi pencegahan serta pemulihan sistem perpaipan bekalan air ; dan

d. Penyediaan tangki air alternatif khusus untuk tadahan bagi simpanan.

 

Setiap titisan air itu akan memberi manfaat kepada penggunanya untuk dapat berwuduk dengan sempurna, serta menggunakannya sebagai sumber air bersih untuk ibadah serta makan dan minum demi menjamin kesihatan yang lebih baik berbanding sekarang.

 


 

ISTIMEWA BUAT PEWAKAF !

 

Pihak MyFundAction Perak berbesar hati ingin memberi hadiah penghargaan kepada pewakaf untuk pakej RM100 dan RM200, butiran seperti berikut : 

*sila lengkapkan maklumat alamat untuk urusan pengeposan pek.

 

Buat pewakaf yang mewakafkan sebanyak RM300, pihak MyfundAction akan meletakkan nama pewakaf di tangki tersebut sebagai hadian penghargaan.

 PERHATIAN!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran melalui Billplz, anda boleh berkongsi rezeki secara manual melalui nombor akaun di bawah :


MAYBANK

558293626427
YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM (MyFundAction)

📌 Rujukan: Sg Chiong, Perak

Ayuh kita bersama-sama persiapkan saliran air buat kegunaan harian mereka. Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan pembinaan tangki air ini.

Support Wakaf : Projek Bekalan Air Bersih Kg Chiong

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf : Projek Bekalan Air Bersih Kg Chiong Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)