MyFundAction

Ongoing

Singapura Prihatin : Waqaf Al-Quran Afrika

Economic Empowerment, Food Security Campaign

Setiap Ayat Al-Quran ada pahala buat pewakaf

Jihad mereka dalam menghafal Al-Quran

 

TRIVIA MENGENAI PENDIDIKAN DI AFRIKA

Lihatlah kondisi pembelajaran anak-anak di Afrika. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan keadaan di negara kita.

Namun, apa yang sangat menjentik hati apabila melihat keikhlasan dan kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka berjihad dengan fasiliti sekolah yang serba daif.

 

Di Malaysia dan Singapura, nak dapatkan Al-Quran sangat mudah. Hingga ada Quran yang tidak digunakan dan tidak dibaca.

Ini keadaan yang kami lihat dan saksikan di beberapa madrasah di Afrika.

 

Ada yang terpaksa mencerai-ceraikan Al-Quran menjadi helaian kerana tidak cukup Quran. Apabila seorang pelajar selesai menghafal helaian tersebut, akan bertukar helaian Quran dengan pelajar lain yang telah selesai.

 

Ada juga yang mencatat kalimah suci Quran diatas papan kayu sambil menghafaz surah tersebut agar lebih kuat ingatannya.

Namun, bagaimana pula untuk mereka membaca Al-Quran secara harian? 

Oleh itu, MyFundAction mensasarkan untuk menjayakan projek pendidikan di Afrika dengan Program Wakaf Al-Quran.

 

MUDAHNYA WAKAFKAN QURAN BARU BUAT MEREKA

MyFundAction berbesar hati ingin mengajak anda untuk bersama dalam projek ini. Anda bukan sekadar mendapat pahala wakaf yang berpanjangan mudah-mudahan kami ingin melahirkan generasi Al-Quran yang profesional berkat keikutsertaan anda.

 

SIAPAKAH PENERIMA WAKAF AL-QURAN?

MyFundAction akan mengedarkan sebanyak 3,400 Al Quran setiap bulan, insya Allah ke 7 buah negara di Afrika dan kami mensasarkan dan mengutamakan edaran di kawasan madrasah yang daif dan di kawasan pedalaman.

 

HADIAHKAN PAHALA WAKAF BUAT IBU BAPA & KENALAN KITA

Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:

  • Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
  • Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita
  • Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Waqf Al-Quran of Africa Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)