Di Kampung Al Hassaniya, Yaman, kanak-kanak akan menunggang keldai dan berjalan sejauh 8 kilometer untuk mengambil air dari telaga.
Banyak telaga di kampung Al Hassaniya semakin kering berikutan musim hujan semakin kurang.
“Rutin harian saya, saya akan tunggang keldai selama 1 jam untuk dapatkan air dari telaga. Penat sangat,” beritahu salah seorang kanak-kanak lelaki di situ.
“Saya tahu air ini tercemar tetapi saya tak ada pilihan lain. Di sini saja saya boleh dapatkan air,” kata Nasser Zaid yang sedang mengisi air dalam botolnya.
Sudah lah anak-anak ini terpaksa mengorbankan waktu daripada pergi ke sekolah untuk mengambil air.
Ditambah pula dengan penyebaran wabak kolera yang berleluasa di sana. Yaman sekarang dah menjadi tapak wabak kolera terbesar dalam sejarah moden!
Menurut PBB, lebih daripada 17 juta orang di Yaman tidak mempunyai akses kepada air yang bersih.
Ramai penduduk di sana terkena penyakit kolera akibat minum air yang tercemar. Sejak April 2017, kolera dan wabak cirit-birit berair akut di Yaman telah menyebabkan 3,500 kematian!
Jadi, kami di MyFundAction telah mengambil inisiatif untuk membantu penduduk di Kampung Al Hassaniya, Yaman dengan membina tangki air dan sistem paip dari telaga ke rumah.
Projek wakaf telaga air Yaman ini akan memberi manfaat kepada 10,000 penduduk di sana.
Ini akan membantu membekalkan sumber air yang bersih dan dengan adanya sumber air yang bersih ini, tahap kebersihan komuniti di sana juga dapat ditingkatkan.
Mereka tak perlu lagi berjalan jauh dan menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan air.
Namun begitu, kos yang diperlukan mencecah sehingga RM200,000.
Bekalkan sumber air yang bersih untuk penduduk di sana dengan berwakaf sebahagian daripada rezeki kita.
Semoga dengan usaha kita ini, bebanan yang ditanggung mereka akan dapat dikurangkan. Bukan itu sahaja, pahala yang berganda pasti akan menunggu kita yang telah berusaha untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.