Rebut Pahala Wakaf Ramadan : Wakaf Masjid Inha, Incheon, Korea

Masjid di Inha ini terpaksa berpindah kerana bangunan yang usang. Bantu muslim Inha, Korea dapatkan bangunan baru

Di Korea Selatan, komuniti muslim merupakan antara komuniti minoriti yang terpinggir serta kekurangan bantuan dan sokongan; tidak seperti kita di sini.

Bangunan yang disewa untuk dijadikan ruang solat sejak sekian lamanya di Incheon ini telah uzur serta tidak lagi mampu menampung jumlah populasi muslim yang kian meningkat disana.

Kenapa pembinaan Masjid Inha, Incheon ini penting?

  1. Ruang solat yang terhad dan uzur

Bangunan yang disewa untuk dijadikan ruang solat ketika ini semakin terhad ruangnya dan semakin uzur kerana digunakan oleh ratusan jemaah setiap hari.

  1. Risiko untuk diusir

Para jemaah terpaksa mengutip derma secara peribadi untuk memastikan sewa bangunan ini dapat dibayar mengikut jadual atau mereka akan diusir keluar.

  1. Nadi utama komuniti muslim minoriti

Ruang solat sebelum ini sentiasa aktif terutamanya ketika masuk waktu. Maka masjid yang akan dibina ini akan menjadi nadi utama komuniti muslim disini.

Sebab itu penting untuk kita membantu usaha membangunkan Masjid Inha ini. Bayangkan puluhan ribu manusia atau bahkan mungkin ratusan ribu manusia akan mendapat manfaat hasil daripada wakaf kita ini.

Berwakaflah untuk membangunkan Masjid Inha, Incheon, Korea Selatan ini.

Nabi SAW bersabda,

Siapa membangunkan masjid kerana Allah walau seperti sarang burung atau lebih kecil dari itu maka Allah akan membangunkan untuknya satu rumah di syurga.” (Ibn Majah: 738)

Rebut peluang malam Nuzul al-Quran  ini untuk menyahut seruan maqasid dalam al-Quran dengan berwakaf membina rumah Allah.

Jom #jiwabaik, kali ini kita bantu cukupkan RM30,000 untuk kita bantu mereka, saudara kita Korea Selatan.

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakf for Masjid Inha Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)