Ongoing

Waqaf Air Bersih Kg Mapan, Pitas

Enliven Poverty Campaign
  • MyFA
  • /
  • Waqaf Air Bersih Kg Mapan, Pitas

Tiada Sistem Perpaipan, Air Perlu Diambil, Ditimba dan Dicedok Setiap Hari

“Kadang-kadang hanya mengharapkan air hujan sahaja. Air kolam yang ada tidak dapat menjamin kualiti kebersihan air tersebut”. Kata ketua kampung Mapan Mapan. Siapa sangka, 1 kolam dan 1 telaga yang menjadi tadahan hujan di sini dikongsi oleh hampir 200 orang penduduk kampung Mapan Mapan Laut, Pitas Sabah. Kerana itu saja sumber air yang mereka mampu perolehi.

Mereka terpaksa mengambil air dari kolam dan perigi untuk kegunaan harian termasuk untuk masak, minum, berwuduk, serta keperluan lainnya. Mereka terpaksa mengambil air dari kolam dan perigi untuk kegunaan harian termasuk untuk masak, minum, berwuduk, serta keperluan lainnya.

Penduduk kampung majoriti terdiri daripada nelayan. Sementara si suami turun ke laut, anak-anak dan isteri akan berulang-alik 10 minit perjalanan untuk mengambil bekalan air.

Hal ini sangat menyukarkan kehidupan seharian mereka kerana terpaksa berulang mengambil air serta dikhuatiri diserang binatang ketika melalui hutan di mana lokasi perigi itu berada.

“Bayangkan ibu atau nenek kita terpaksa memikul air dari jauh untuk kegunaan harian, sanggupkah kita biarkan ia berterusan sepanjang hidup mereka?”

Atas inisiatif ini, kami di MyFundAction berhasrat untuk membekalkan air bersih bagi kegunaan harian penduduk kg Mapan Mapan, Pitas.

Alhamdulillah fasa 1 telah selesai dan terkini sedang berjalan Fasa Ke-2 “Pemasangan Sistem Penapisan Air Pada Tangki Air Sedia Ada”. Namun masih berbaki RM83,634 diperlukan untuk meneruskan fasa 2 ini.

 

[KEPERLUAN LENGKAP PROJEK TANGKI AIR : RM225,000]

DANA FASA 1 DIPERLUKAN : RM75,000 (telah selesai)
DANA FASA 2 DIPERLUKAN : RM150,000

 

FASA 1: PEMBINAAN SISTEM TANGKI AIR DAN PERPAIPAN

Pembinaan tangki penyimpanan air baharu dengan kapasiti 600 gelen bersamaan 3 unit tangki air telah siap dibina.
Pemasangan paip saluran air ke rumah-rumah penduduk kampung telah dijalankan.

Rumah Tangki Air

Ini akan memudahkan mereka kerana tidak perlu lagi untuk mengambil atau memikul air dari kolam buat kegunaan harian yang jauh dari kediaman mereka.

Bekalan air daripada kolam akan disimpan di dalam rumah tangki air tersebut dan akan disalurkan kepada semua penduduk. Namun air yang diperolehi tidak menjamin tahap kualiti kebersihan air tersebut kerana tiada penapisan air.

MENGAPA PROJEK INI PERLU DITERUSKAN?

Berisiko boleh menyebabkan tahap kesihatan mereka terjejas kerana tidak dijamin tahap kualiti kebersihan air tersebut.
Dapat memudahkan mereka untuk menyediakan makanan dengan lebih selamat dan minuman dari air yang bersih.
Dengan adanya penapisan air dapat mengurangkan risiko kanser dan dapat membangunkan sistem imun kanak-kanak.

Semoga dengan usaha ini dapat menyediakan sumber bekalan air yang bersih dan memudahkan penduduk kampung menjalani kehidupan harian seperti keperluan air bersih untuk mandi dan memasak tanpa perlu lagi mengambil air daripada kolam dan juga perigi.

BAGAIMANA INGIN BERWAKAF #KONGSIREZEKI?

Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati anda:

PAKEJ A (Wakaf 1 penama) – RM200
PAKEJ B – RM100
PAKEJ C – RM50
PAKEJ D – RM30

Ayuh kita bersama-sama persiapkan saliran air buat kegunaan harian mereka . Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan pembinaan tangki air ini.

Support Waqaf Air Bersih Kg Mapan, Pitas Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Everyone has the opportunity they deserve. Powerful changes start with you. "Join us to create a better world... be a hero today"

MyFundAction
(PPM-006-14-07052014)

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Support Waqaf Air Bersih Kg Mapan, Pitas Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)