HADIAHKAN SEBUAH TELAGA AIR BUAT SAUDARA KITA

 

 

Sebilangan besar rakyat di benua Afrika, di mana penduduk sesebuah kampung terpaksa berjalan berbatu-batu hanya untuk mendapatkan bekalan air daripada sungai yang kotor lagi busuk. 

Keadaan yang berterusan sebegitu mendatangkan banyak penyakit kepada penduduknya yang hanya memerlukan RM 30,000 sahaja bagi membina sebuah telaga air bersih yang lengkap.

 

 

“Kalau hujan, ada lah air di sungai kami. Kalau tak hujan, sungai kami kering. Jadi, kami terpaksa jalan jauh 5 km ke kampung Kondoole untuk dapatkan air, itu pun kami kena bayar.” 

 

 

Inilah antara nasib penduduk di Ntonya, Malawi. Ntonya adalah sebuah kampung yang terletak di kawasan pergunungan. 

Mempunyai populasi yang sangat padat, kira-kira 3,000 orang. Mereka tidak mempunyai akses kepada sumber air yang bersih.

Sumber air semasa mereka adalah sungai yang bergantung kepada hujan. Jika musim kemarau, mereka terpaksa menyeberangi sungai untuk ke kampung lain untuk membeli air.

 

 

Yang sangat meruntun hati apabila ramai penduduk di sini termasuklah kanak-kanak, menghidap penyakit bawaan air kerana pengambilan air kotor yang diambil dari kolam, paya dan telaga yang dikongsi antara haiwan dan manusia.

 

Inilah Antara Kesan Jika Masalah Ini Tidak Diselesaikan:

  • Membawa kepada penyakit yang lebih parah seperti taun, cirit-birit berdarah dan boleh membawa maut
  • Membuang banyak masa untuk penduduk di sini mencari dan mendapatkan air 
  • Menjadi bebanan besar buat golongan wanita dan kanak-kanak
  • Kanak-kanak gagal menamatkan persekolahan kerana terpaksa ikut mencari air

Oleh itu, MyFundAction akan menjalankan misi membina sebuah telaga air yang dilengkapi pam dan tong untuk kegunaan 3,000 orang di perkampungan Ntonya, Malawi.

 

 

Salah satu sebab kami memilih kawasan Ntonya adalah kerana kawasan ini dikategorikan sebagai “emergency zone”. Masyarakat Muslim di sini sangat miskin.

Mereka mempunyai populasi yang sangat padat, dan sangat terdesak untuk mendapatkan sumber air yang bersih.

Oleh itu, kawasan Ntonya menjadi keutamaan untuk kami bina sebuah telaga air bersih buat mereka.

 

 

Lihatlah kegembiraan yang terpampang pada wajah mereka ini. Ia adalah hasil daripada usaha kecil kita semua sebelum ini.

 

Kebaikan Anda Memberi Sinar Baru Buat Mereka!

 

Ayuh Jiwa Baik, Hadiahkan Sebuah Telaga Air Buat Penduduk Ntonya di Malawi, Afrika pula.

Semoga dengan adanya telaga ini dapat memudahkan mereka untuk memperoleh sumber air yang bersih sekaligus dapat mengurangkan kadar penyakit yang berlaku.

 

 

 

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Water Security Africa Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)