MyFundAction

SEDIAKAN MAKANAN DAN BAJU SEJUK SEBAGAI KELENGKAPAN MUSIM SEJUK BUAT SAUDARA DI SYRIA

 

Musim Maut telah tiba!

“Kami memang tidur di kem pelarian, Idlib selama beberapa malam dan memang kuat suara anak-anak kecil menangis pada pukul tiga ke empat pagi disebabkan sejuk yang melampau. – wakil MyFundAction

Dahsyatnya musim sejuk di sana sampaikan ada anak kecil yang MATI kesejukan.

Pelarian Syria bergelut untuk terus hidup hari demi hari. Setiap tahun benda yang sama mereka kena hadap.

Pernah tak kita terfikir?

“Pakaian mereka cukup tebal ke?”

“Mereka punya makanan ke musim sejuk ini?”

“Macam mana mereka boleh tahan hidup dalam cuaca sejuk ini?”

Anak-anak Syria terpaksa berselipar atau berkaki ayam saja. Kalau ada kasut pun, dah koyak rabak dah.

Itu belum kita tengok keadaan khemah mereka yang nipis dan lusuh.

Jadi, InshaAllah untuk misi tahun 2023 ini, MyFundAction akan memfokuskan kepada edaran seperti:

  • Bekalan makanan asas (Food Basket)
  • Makanan Panas (Hotmeal)
  • Kit Musim Sejuk
  • Baju, Stokin, Kasut

Bukan itu sahaja, kilang roti yang dibina hasil sokongan anda di Idlib, Syria akan membekalkan mereka dengan bekalan makanan yang berterusan untuk mengharungi musim MAUT ini.

Selamatkan nyawa 2 anak Syria kesejukan dengan RM200

Jadi, kami ingin mengajak anda untuk bersama kami lagi bagi menjayakan misi penting ini.

InsyaAllah untuk misi kali ini, kami ingin kongsikan lebih banyak kebahagiaan bersama anak-anak Syria.

Kami cadangkan anda untuk memilih RM200 bagi mengelakkan lebih banyak kanak-kanak Syria yang berisiko mati kesejukan.

Moga dengan sedikit usaha kita ini dapat kehidupan dan masa depan anak-anak di Syria sana akan lebih terjamin. Ayuh bangkit bersama Syria!

PERKEMBANGAN TERKINI! DELEGASI MYFUNDACTION AKAN BERLEPAS KE SYRIA UNTUK MISI MUSIM SEJUK 5.0 PADA 24/1/2023

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Winter Mission Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)