MyFundAction

Ongoing

Syria merana 11 tahun

Economic Empowerment Campaign

 

SYRIA SEJUK!!

Setiap kali tibanya musim sejuk, saudara kita di Syria terpaksa berjuang melawan suhu bawah negatif yang membunuh.

Sampaikan ada anak kecil yang MATI sebab terpaksa tinggal dalam khemah yang nipis dan lusuh.

Pakaian mereka ada yang koyak, dan selipar mereka pakai nipis. Badan siapa yang mampu tahan? Kita orang dewasa pun pakai 2-3 helai baju kalau cuaca sejuk.

Misi Musim Sejuk Syria

Melihat kepada penderitaan rakyat Syria, MyFundAction telah melancarkan ‘Winter Mission’ khusus untuk membantu mereka ketika musim maut tersebut.

Sudah genap 4 tahun misi ini dilakukan dan insyaAllah pada tahun ini misi yang sama akan diteruskan lagi. Sekurang-kurangnya dapat juga ringankan beban rakyat di sana.

Menurut seorang wakil MyFundAction yang menyertai misi bantuan musim sejuk Syria 4.0, suhu di sana sangatlah sejuk sehingga boleh menjejaskan status kesihatan seseorang.

“Kami memang tidur di kem pelarian, Idlib selama beberapa malam dan memang kuat suara anak-anak kecil menangis pada pukul tiga ke empat pagi disebabkan sejuk yang melampau. – wakil MyFundAction

Cuba kita bayangkan, wakil-wakil MyFundAction yang ada di sana berkelengkapan lengkap pun menggigil kesejukan, bagaimana pula penduduk di sana terutamanya kanak-kanak dan golongan tua?

Kilang Roti Idlib

Penderitaan rakyat Syria tak berakhir di situ. Sudahlah diuji dengan cuaca sejuk melampau, ramai juga antara mereka yang hilang punca pendapatan.

Hampir keseluruhan rakyat Syria berdepan dengan masalah kebuluran. Sampaikan ada antara mereka yang terpaksa makan buah zaitun demi teruskan hidup.

Harganya juga sudah jadi terlalu mahal bagi mereka. Tapi alhamdulillah, berkat sokongan orang ramai, pembinaan kilang roti di Idlib telah dimulakan pada 11 Jun 2022. 

Ini berita baik kerana kilang roti tersebut mampu membekalkan pelarian Syria dengan Rabta(roti) dalam skala yang lebih besar sebanyak 15,000-20,000 keping roti sehari.

Briquette House (Rumah Briket)

Kini, disebabkan krisis yang berlaku, pelarian di Syria terpaksa tinggal dalam khemah yang usang dan nipis. Dengan khemah yang kecil sebegitu, selesa ke mereka nak tinggal?

Tambah pula dengan kedatangan musim sejuk yg suhunya mencucuk hingga ke tulang nanti.

Rumah Briket yang kami sediakan :

  • lengkap dengan fasiliti seperti dapur, bilik air, bilik tidur dan ruang tamu
  • mampu memuatkan 5-7 orang
  • Kos pembuatan 1 rumah dianggarkan RM6,500

Alhamdulillah, lebih kurang 40 keluarga telah memasuki rumah tersebut tapi nilai tersebut masih lagi sedikit jika nak dibandingkan dengan bilangan mereka yang ramai.

‘Winter Aid’ & ‘Food Basket’

MyFundAction juga akan lakukan edaran ‘winter aid’ dan & ‘food basket’ untuk bantu pelarian Syria mengharungi musim maut ini.

Antara item-item yang akan diedarkan dalam misi kali ini termasuklah:

  • Bekalan makanan asas
  • Kit Musim Sejuk
  • Baju, Stokin, Kasut
  • Khemah

Kami sedia maklum akan keadaan mereka ketika musim sejuk ini. Jadi dengan sedikit dukungan daripada kita, dapat ringankan beban mereka sedikit.

Oleh itu, MyFundAction ingin mengajak semua orang yang berjiwa baik untuk bersama-sama dengan kami dalam misi musim 5.0 tidak lama lagi.

Semoga dengan usaha ini, kita berjaya kembalikan sinar harapan kepada saudara-saudara kita di Syria sana. Siapa lagi yang akan bantu mereka kalau bukan kita?

مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Siapa yang tidak perhatian terhadap urusan orang Islam, maka ia bukan dari kalangan mereka..”

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Winter Mission Syria Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)