Ada yang dibuang kerja..
Ada yang hanya mampu untuk makan bubur setiap hari..
Kita tahu dan kita sedar tahun 2023 merupakan tahun yang mencabar bagi semua lapisan masyarakat terutamanya bagi kumpulan B40.
Setelah membuat beberapa ujikaji terhadap modul program pemerkasaan ekonomi di kalangan B40 sejak tahun 2021, MyFundAction akan meluaskan jaringan kerjasama dengan melalui kepelbagaian jenis bantuan dan kemudahan kepada kumpulan B40 pada tahun ini.
Bantuan ini akan diberikan secara berterusan dalam tempoh 6-12 bulan berturut-turut berserta pemantauan efektif daripada pegawai operasi MyFundAction.
Kita yakin dan percaya, melalui projek mampan mampu menghasilkan impak yang maksima kepada penerima manfaat.
Maka, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs), kita akan berusaha untuk mencapai objektif dan target di di SDGs seperti berikut:
Bantuan Barangan Makanan Asas (Rezeki Ummat) selama 6-12 bulan berturut-turut |
Bantuan dan Pemantauan Program Mikrokredit Usahawan (Business for Ummah – Biz4U) |
Bantuan Kemudahan Rawatan Kesihatan secara berkala |
Bantuan Pendidikan – Tuisyen Percuma Untuk Anak-Anak Keluarga B40 |
Jom, sama-sama kita menjayakan program mampan dan berimpak tinggi ini untuk memaksimakan potensi asnaf dan kumpulan B40 agar dapat memastikan mereka keluar daripada garis kemiskinan pada hujung tahun ini.
Kita faham, untuk kita mengurangkan kadar kemiskinan bukanlah usaha 1-2 hari, ianya memerlukan sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak.
Minima, kita telah pun bermula dengan menggunakan sepenuhnya kemampuan kita.
Mari kita menjadi ejen perubahan untuk membantu dan memperkasakan lebih ramai komuniti di kalangan masyarakat B40 di luar sana.
Sabda Rasulullah SAW,
“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dia berasa kenyang daripada lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki orang lain”
(Riwayat at-Tabrani)
NOTIFIKASI PENTING:
Setiap transaksi yang menyokong projek dalam Malaysia, layak untuk menerima resit pengecualian cukai. Sila hubungi pegawai kami, Puan Nabihah – 018 3544588
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.