Kepada Jiwa-Jiwa yang mengejar keredhaan Allah swt. Mulailah aktiviti di pagi hari dengan tahajud, tilawah Quran dan berkongsi rezeki.
Semoga kita mendapat berkah di waktu pagi dengan izin NYA. Ayuh Kejar berkah Subuh Kongsi Rezeki Segera Seikhlas RM1 untuk 1 Hari
Mari menghidupkan subuh kerana:- Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلاةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ، صَلاةُ الْعِشَاءِ الآخِرَةِ، وَصَلاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا، لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Maksudnya: Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Jikalau mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.[1]
Berkongsi Saat Subuh Bertambah Syukur!
Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa, ‘Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak’, sedangkan yang satunya lagi berdoa ‘Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan hartanya.” – HR. Bukhari & Muslim
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.