KELANTAN – Persatuan Ziarah Sahabat Kanser (PZSK) bersama Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart) telah menjalankan sebuah program komuniti menerusi Program Kayuhan Jelajah Ziarah Sahabat Kanser bermula pada 6 sehingga 26 Mei 2022 (20 hari) di enam (6) buah negeri bermula daripada Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan berakhir di negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim. 

Kayuhan tersebut dilakukan oleh En Zaki Yahya, Pengasas Persatuan Ziarah Sahabat Kanser yang merupakan bekas pesakit kanser pangkal hidung tahap 4 secara solo. 

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang 20 hari penjelajahan kayuhan di enam (6) buah negeri adalah memberi motivasi dan perkongsian kesedaran kepada orang awam tentang penyakit kanser agar sentiasa positif dalam meneruskan kelangsungan hidup selain menyerahkan bantuan produk kesihatan daripada MyHeart kepada penerima yang terlibat. 

Menerusi kolaborasi bersama kali ini, MyHeart menghulurkan bantuan sebanyak 140 unit kotak ‘Hygiene Kit’ dan 140 unit ‘Care For You Kit’ kepada penerima manfaat di setiap persinggahan negeri yang terlibat selain menjadi penaja dan penganjur utama program komuniti ini.

Antara pesakit kanser yang menerima bantuan produk Care For you Kit daripada MyHeart semalam 

Menurut Encik Zaki Yahya turut menyatakan bahawa kolaborasi daripada MyHeart menjadikan PSZK lebih bersemangat untuk menjalankan aktiviti ini kerana sokongan yang diberikan bukan sekadar tajaan produk kesihatan malah hebahan media juga untuk memperluas pelaksanaan program komuniti ini. 

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan baik dan dijangkakan akan diteruskan untuk edisi akan datang sekiranya mendapat sambutan penyertaan, penglibatan rakan kolaborasi serta kepelbagaian aktiviti yang memberi impak kepada sejagat dan kesihatan. MyHeart dan PSZK berbesar hati untuk meraikan sebarang bantuan dan kolaborasi daripada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama untuk membantu pesakit kanser di Malaysia.

Similar Posts