Setiap tahun, Malaysia bakal meraikan sambutan kemerdekaan untuk menghidupkan dan menyuntik nafas baharu patriotisme dalam diri rakyat tempatan. Malah, sambutan edisi ke-65 tahun ini bakal disambut gemilang selepas 2 tahun Malaysia berdepan dengan era pandemik menerusi gagasan yang diumumkan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Anuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 1 Julai 2022 iaitu Keluarga Malaysia, Teguh Bersama untuk sambutan kemerdekaan pada tahun ini.
Selaras dengan gagasan tersebut, MyFundAction bakal melancarkan komuniti ‘Jiwa Baik’ menerusi program larian amal kemerdekaan yang berlangsung di Kompleks Taman Rakyat sekitar Lembang Klang. Komuniti ‘Jiwa Baik’ diwujudkan untuk memupuk sikap kekitaan dan bantu-membantu kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui produk Kotak Rezeki Umat – kotak makanan keperluan asas selama 2 minggu yang MyFundAction sediakan kepada golongan yang memerlukan (asnaf/mangsa bencana alam).
Untuk makluman, sokongan ‘Jiwa Baik’ bersempena bulan kemerdekaan ini adalah melalui penyertaan larian amal. 10% daripada kutipan wang pendaftaran komuniti ‘Jiwa Baik’ tersebut akan diagihkan kepada pembelian barang kotak Rezeki Ummat. Malah, hadiah pemenang larian amal yang bakal diterima juga akan diserahkan kepada asnaf sebagai simbolik ‘jiwa baik’ kepada golongan yang memerlukan. Inisiatif murni ingin juga turut disokong oleh rakan kolaborasi, KL FM sebagai radio rasmi.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.