MyFundAction Bantu Masyarakat

9 Pasukan MyFundAction Bantu Masyarakat Terjejas Banjir

Shah Alam, 20 Disember- Sebanyak 9 pasukan MyFundAction yang terdiri dari 7 pasukan kenderaan 4×4, 1 pasukan lori 10 tan dan 1 pasukan bot berenjin turun membantu masyarakat yang terjejas akibat banjir.

Pasukan yang terdiri dari 40 orang belia ini telah bergerak ke lokasi-lokasi berbeza seperti Hulu Langat, Bukit Changgang, Taman Sri Muda, Hicom, Meru, UiTM Dengkil, Seksyen 23, Jelebu dan beberapa kawasan yang lain.

Muhammad Azri semasa sesi taklimat bersama sukarelawan
Antara kit kebersihan bersama bantuan makanan yang akan diagihkan

Menurut Ketua Pasukan Misi Bantuan Banjir Selangor MyFundAction, Muhammad Azri Mohmad Nazari, 25, pelbagai bantuan telah disusun bagi membantu mereka yang terjejas hasil sokongan masyarakat awam yang bekerjasama dengan kami.

“Antara bantuan yang kita beri adalah dari sudut makanan, minuman, kesihatan dan keselamatan termasuklah dengan proses pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat.

Beberapa 4×4 di hadapan ibu pejabat MyFundAction

“Setiap kali kami dapat makluman masyarakat terjejas di laman sosial, kami terus akan bergegas ke tempat yang dinyatakan.

“Kami masih memerlukan sokongan dari sudut peralatan kebersihan seperti water jet serta perkakas-perkakas rumah baharu untuk mangsa-mangsa yang rumahnya ditenggelami air bagi membantu mereka semasa pasca banjir nanti.

“Saya sebagai wakil MyFundAction mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sukarelawan yang hadir bersama bagi membantu mereka yang terjejas.

“Terima kasih juga kepada rakan-rakan kolaborasi dari pelbagai latar belakang yang juga tak putus asa ,” tambahnya lagi.

Sumber: SiakapKeli

Similar Posts