Baru-baru ini, MyFundAction ada menerima beberapa teguran dan cadangan..
dari rakan sokongan yang menyatakan bahawa kami tidak memuatnaik maklumat terkini berkenaan asnaf-asnaf yang telah dibantu. Sebagai contoh, MyFundAction telah memuatnaik satu makluman berkenaan asnaf A yang memerlukan sokongan dana berjumlah RM15,000. Setelah dana mencukupi, kami tidak mengemaskini makluman tersebut dan ini telah menaikkan perhatian beberapa rakan sokongan MyFundAction.
Kesinambungan itu, penulis mewakili seluruh warga MyFundAction menyataan kemaafan atas ketidakpekaan terhadap isu ini. Kami menerima sebarang maklum balas dan cadangan yang diterima namun kami kemukakan penjelasan yang wajar dari pihak MyFundAction.
Kami masih memuat naik maklumat terkini asnaf kami
Pertamanya, MyFundAction bukanlah langsung tidak mengemaskini maklumat asnaf yang telah dibantu namun kami telah cuba sedaya upaya untuk memuat naik maklumat terkini kesemua asnaf yang telah cukup pembiayaan mereka melalui platform media sosial kami. Buktinya, kami menggunakan platform Facebook untuk memaklumkan kepada individu yang menyokong pendanaan asnaf kami. Jika ada yang kami terlepas untuk kemaskini, MyFundAction akan terus berusaha untuk memuatnaik maklumat terkini asnaf kami.
Rujukan: https://www.facebook.com/MyHeartAssociation/
Kedua, setiap pendanaan yang kami keluarkan bukanlah memfokuskan kepada individu seseorang asnaf akan tetapi MyFundAction fokus kepada projek yang diketengahkan. Sebagai contoh, kami mengiklankan asnaf B yang memerlukan rumah baharu di bawah projek Rumah Impian. Apabila dana untuk asnaf B sudah mencukupi, kami akan salurkan dana-dana lebihan kepada asnaf C, D dan E yang juga berada di bawah projek Rumah Impian yang kami tidak iklankan atas faktor kos yang tinggi.
Namun, kami akui bahawa ketelusan adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi supaya kepercayaan dapat dibina. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengemaskini setiap informasi asnaf yang telah selesai dibantu dan MyFundAction mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang sentiasa memberikan idea, cadangan dan teguran kepada kami.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, idea, cadangan atau teguran, kami sangat terbuka untuk menerimanya. Anda boleh lakukan perkara tersebut melalui emel rasmi kami atau hubungi kami di talian +603-51318976.