Jutaan Pelarian Dalam Kelaparan

Apa Yang Sebenarnya Terjadi di Syria?

1. 13 Juta Rakyat Hidup Sebagai Pelarian

Sejak bermulanya peperangan di Syria pada 2010, lebih 13 juta rakyatnya terpaksa hidup sebagai pelarian.

United States Institutes of Peace menganggarkan lebih 5.6 juta daripada angka ini menjadi pelarian di Lebanon, Jordan dan Turkiye.

Manakala lebih 7 juta lagi menjadi pelarian di negara mereka sendiri.

2. 12.4 Juta Hidup Dalam Kelaparan Setiap Hari

Disebabkan peperangan serta konflik yang masih belum titik noktah, 12.4 juta daripada rakyat Syria menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan setiap hari.

Jangan katakan sumber protein, sumber karbohidrat seperti roti dan gandum pun sukar untuk mereka dapatkan.

Dan kesukaran ini menyebabkan masalah yang lebih besar lagi, masalah kesihatan dan kematian disebabkan kebuluran.

3. Kemusnahan Ekonomi Akibat Peperangan

Peperangan, memang memberi kesan yang sangat buruk kepada sesebuah negara.

Ekonomi yang dibina puluhan tahun, boleh musnah dalam peperangan sebulan dua.

Bayangkan, perang yang berlarutan selama 12 tahun ini, kemusnahan ekonominya tidak dapat kita bayangkan.

Mereka mahu bekerja membanting tulang mencari rezeki, tapi sayangnya ekonomi telah musnah, tiada lagi pekerjaan untuk kebanyakan daripada mereka.

Sejauh Mana Kemajuan Projek Roti Untuk Syria Ini?

  1. Sejak tahun 2018, kita telah menjalankan projek Winter Mission Syria dengan beberapa projek jangka masa pendek serta jangka masa panjang.
  2. Melihat kepada keperluan makanan yang berterusan sepanjang tahun tanpa mengira musim, kita telah sama-sama berusaha membangunkan sebuah kilang roti di sempadan Syria-Turkiye.
  3. Pembinaan kilang roti ini telah menjimatkan kos pengangkutan, kos produk dan menyebabkan setiap perkongsian daripada kalian manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai insan yang kelaparan.
  4. Sejak kilang roti kita beroperasi, puluhan ribu manusia mendapat manfaat, ribuan kanak-kanak yang tersenyum kekenyangan dan ratusan keluarga menjadi penerima tetap setiap bulan!

Lihatlah Mereka Menikmati Roti Yang Kalian Hadiahkan

Berapa Yang Kita Sasarkan?

Apakah Pilihan Pakej Untuk Berkongsi Roti Ini?

 RM50 per minggu (1 keluarga) 

RM100 per minggu (2 keluarga) 

RM200 per bulan (1 keluarga) 

RM400 per bulan (2 keluarga) 

Seikhlas Hati

Nabi SAW bersabda,

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya…” (HR. Thabrani – Al Mu’jam Al Kabir no. 13280)

30% funded
RM
Select Payment Method
Personal Info

Credit/ Debit Card Info
This is a secure SSL encrypted payment.

Donation Total: RM50.00