Hilangkan Dahaga, Hadiahkan Telaga.

Kenapa Wakaf Telaga di Guinea, Afrika ini Penting?

1. 4 Juta Rakyat Hidup Tanpa Air Bersih

Lebih 4 Juta penduduk di Guinea, Afrika tidak mempunyai akses kepada air bersih! 

Kebanyakan daripada mereka terpaksa bergantung kepada anak-anak sungai yang mengalir serta lopak-lopak air yang terhasil setelah hujan.

Sumber air permukaan yang tidak dirawat ini telah tercemar dengan patogen serta bakteria yang menyebabkan penyakit kritikal terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

2. Kadar Kematian Tertinggi Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Tahukah anda, kadar kematian bagi kanak-kanak di Guinea, Afrika adalah antara yang tertinggi di dunia! 

Pada tahun 2021, Unicef melaporkan 99 daripada 1000 kanak-kanak di Guinea, Afrika akan meninggal dunia sebelum usia mereka mencecah 5 tahun. 

Puncanya?

Punca utama adalah penyakit-penyakit yang tersebar melalui air yang tercemar selain daripada kekurangan nutrisi. 

3. Wanita & Kanak-Kanak Terancam

Disebabkan sumber air yang terhad, kanak-kanak serta wanita akan berjalan sejauh lebih 3KM setiap hari untuk mendapatkan air (yang belum tentu bersih).

Perjalanan yang panjang ini menyebabkan golongan wanita terdedah kepada ancaman-ancaman jenayah daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pembinaan telaga-telaga berhampiran perkampungan mereka akan menjamin keselamatan kanak-kanak serta wanita disana.

Sejauh Mana Kemajuan Projek Pembinaan Telaga Ini?


  1. Ketika delegasi MyFundAction ke Guinea, Afrika pada bulan Julai yang lalu, kita telah bersetuju untuk membina sekurang-kurangnya 20 telaga wakaf di Jenedou, Nzerekore, Missamana, Macenta, Banankoro dan beberapa lagi perkampungan di Guinea, Afrika.

  2. Buat masa ini, sebuah telaga telah disiapkan pada bulan Julai ketika keberadaan delegasi MyFundActiond disana, dan 3 lagi telaga sedang dalam proses pembinaan.

  3. Pembinaan 20 buah telaga ini akan memberi manfaat kepada lebih 2000 buah keluarga yang tinggal di perkampungan-perkampungan ini.

Lihatlah Mereka Menikmati Air Minuman Ini 😥

Berapa Lagi Diperlukan?

Siapa Yang Pernah Pergi Ke Guinea, Afrika Ini?

Pada bulan Julai 2023, delegasi MyFundAction bersama beberapa influencer seperti Marbitter (aktivis MyFundAction), Fila Amir (rakyat Malaysia yang menetap di Guinea) dan Adama (aktivis MyFundAction di Afrika) telah ke Guinea, Afrika sendiri untuk sesi perbincangan serta mengeratkan silaturrahim bersama komuniti muslim di Afrika.

Apakah Pilihan Pakej Untuk Menghadiahkan Telaga Ini?

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”  – Riwayat Muslim (1631)

“One thing that I ask of you: Never be afraid of giving. There is a deep joy in giving, since what we receive is much more than what we give.” – Mother Teressa
RM33,300 of RM50,000 raised
RM 50.00
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM50.00